Dari Manakah Datangnya Saranan dan Anjuran untuk Berperang dan Mengganas Pada Hari ini?

 

Ahli Psikologi Arab, Dr. Wafa Sultan dari Los Angeles telah berdebat dengan ahli Islamis dari Algeria Dr.Ahmad bin Muhammad (seorang pensyarah politik keagamaan) tentang tajuk Ajaran Islam dan Keganasan pada Julai 26, 2005. Stesen TV Arab Al-Jazeera telah menyiarkan debat ini secara langsung.

 

Berikut adalah petikan-petikan utama dari sessi debat itu, semoga para pembaca akan memperolehi gambaran yang lebih betul dan tepat mengenai tajuk debatnya, yaitu Ajaran Islam dan Keganasan.

 

Wafa Sultan :

Mengapakah seorang jejaka Islam, semasa umurnya masih muda, dengan kehidupan yang penuh berharapan di depan usianya, pergi meletupkan dirinya? Bagaimanakah dan kenapakah dia meletupkan (bom pada dirinya) dalam sebuah bas penuh dengan penumpang-penumpang?

 

Di dalam Negara-negara kami, agamalah merupakan satu-satunya sumber pendidikan, dan satunya sahaja mata-air dari mana pengganas itu telah memuaskan kehausannya habis-habisan. Dia bukan dilahirkan sebagai seorang teroris/pengganas, ataupun dia telah menjadi pengganas secara otomatik. Ajaran-ajaran Islamlah sesungguhnya telah berperanan penting dalam pembentukan ideoloji dan cara fikirannya, sedikit demi sedikit; serta menyisihkan sumber-sumber lain - maksud saya sumber-sumber saintifik, untuk bermain peranan mereka.

 

Ajaran-ajaran inilah yang telah memesongkan pengganas ini dan memusnahkan sifat keinsanannya. Sebaliknya, bukanlah sipengganas yang telah menyelewengkan ajaran-ajaran agama atau telah menyalah-fahaminya - seperti beberapa pihak yang jahil cuba menyatakan.

 

Apabila anda membaca atau melantun kepada seorang kanak-kanak kecil ayat yang berikut:

 

Saya akan memotong tangan dan kaki kamu sebelah yang bertentangan, dan saya akan menyalibkan semua dari kamu

Surah al-araf 7 ayat 124

 

Tidak kira tafsiran ayat ini atau sebab-sebab ia telah diberikan pada waktu itu, anda sudah pun mulai langkah pertama menghasilkan seorang pengganas yang gigih (dengan kata-kata tersebut).

 

Ahmad bin Muhammad :

Tetamu dari Amerika ini menanyakan bagaimanakah seorang pemuda boleh meletupkan sebuah bas. Kalau sahaja beliau juga bertanya: Bagaimanakah seorang Presiden meletupkan sebuah negara aman seperti Irak?

 

Bagaimanakah seorang Presiden membantu pembunuh-pembunuh dan penjajah tanah Palestin? Kenapa beliau (Dr.Wafa Sultan) tidak tanyakan dari manakah si Hitler itu dibesarkan? Hitler yang telah mengorbankan nyawa sebanyak 50 Juta jiwa manusia yang tidak bersalah? Mengapa dia tidak menanya dari manakah datangnya pendidikan orang-orang yang telah menjatuhkan dua buah Bom Atom di Jepun? Siapakah yang membunuh seramai tiga juta orang Vietnam yang tidak berdosa?

 

Siapa yang musnahkan orang Red Indian (di Amerika). Siapakah yang bersifat imperialis sehingga hari ini? Siapakah yang mencetuskan perang saudara Sepanyol, dan meragut 600,000 jiwa dalam masa 36 bulan? Kenapa tidak tanyakan soalan-soalan seperti itu? Siapakah yang miliki sebanyak 15,000 bom nuclear- umat Islam atau bukan Islam? Orang Muslim atau Amerika, Muslim atau oramg Eropah? Kami mahu jawapannya. Dimanakah Presiden Bush mendapat pendidikan beliau? Apakah pendidikan seseorang itu menjadikannya pengganas..?

 

Wafa Sultan:

Pembunuhan adalah keganasan, tidak kira waktu atau tempatnya, tetapi apabila ia dilakukan sebagai mematuhi sesuatu perintah daripada Allah, itu pula merupakan hal yang lain.

 

Perang-perang Salib yang disebutkan oleh oleh pensyarah Islam ini, sebenarnya telah muncul sesudah penampilan ajaran-ajaran Islam secara sejarah. Jadi, perang tersebut adalah satu reaksi dan tindakbalas terhadap ajaran-ajaran dan perkembangan jajahan Islam tersebut. Ajaran-ajaran Islamlah yang telah mengilhamkan dan mendorongkan penolakan pihak yang lain serta ajaran-ajarannya, dan untuk menafikannya dan juga untuk membunuh pihak yang lain.

 

Tidakkah ajaran-ajaran al-Quran menyeru untuk pembunuhan dan pemusnahan orang-orang Yahudi dan Masehi (Kristian)? (Surah 2/193, Surah 8/39, Surah 9/29 Dll). Jika kita mendengar bahawa adanya suatu kelompok manusia di satu sudut Negara Cina yang memiliki Kitab yang menyeru untuk pembunuhan umat Islam, adakah mereka akan berdiam diri sahaja?

 

Peperangan Salib telah muncul SESUDAH TAMPILNYA ajaran-ajaran keganasan dan kekerasan Islam. Semasa ajaran-ajaran tersebut diberikan, Amerika Syarikat belum lagi wujud di Dunia ini. Juga negara Israel belum lagi dibentuk di wilayah Palestin..

 

Mengapakah dia tidak memperkatakan tentang penaklukan-penaklukan Islam yang telah semua berlaku sebelum peperangan-peperangan yang beliau sedang mempertuduhkan? Kenapa dia tidak menyebut apabila Tariq bin Ziyyad telah menakluki Andalusia dengan angkatan tenteranya, dia telah berkata kepada mereka:

 

Lautan ialah di belakang kamu, dan musuhmu berada di depanmu?

 

Bagaimanakah boleh anda menyerbu sebuah wilayah yang aman-damai, serta menganggap semua penduduknya sebagai musuhmu, hanya semata-mata anda berhak untuk mengembangkan agama kamu? Haruskah agama anda disebarkan melalui paksaan pedang dan berperang..?

 

Ahmad bin Muhammad :

Siapakah yang menciptakan perhambaan pada abad-abad yang kebelakangan ini? Siapakah yang telah menjajah wilayah yang lain kami atau mereka? Adakah Algeria yang menjajahi Perancis, atau pun sebaliknya? Apakah Mesir yang menjajahi England, atau pun sebalikya? Kamilah mangsa-mangsa

 

Saya bukan berkata untuk membunuh orang-orang yang tidak berdosa adalah bagus. Semua orang yang tidak berdosa harus dilindungi. Tetapi, pada masa yang sama, kami harus bermula dengan melindungi umat Muslim yang tidak berdosa itu. Terdapat jutaan orang yang tidak berdosa di kalangan kami, tetapi mereka yang tidak bersalah di antara anda hanya berjumlah beberapa dozen, ratusan atau pun paling ramai ribuan, sahaja..!

 

Wafa Sultan :

Bolehkah tidak anda cuba menjelaskan kepada saya peristiwa pembunuhan beramai-ramai seratus ribu orang kanak-kanak, wanita dan lelaki di Algeria secara yang cukup zalim dan ganas? Bolehkah tidak anda jelaskan kepada saya pembunuhan seramai 15,000 rakyat Syria beragama Kristian?

 

Bolehkah anda menjelaskan kepada saya jenayah laknat yang terjadi di maktab tentera artileri di Aleppo/Halab? Boleh tidak anda menjelaskan bagi saya jenayah terkutuk yang telah berlaku di daerah Al-Asbaqiya, Damsyik, Syria?

 

Bolehkah tidak anda jelaskan untuk saya serangan para pengganas di perkampungan yang aman Al-Kisheh yang berlaku di selatan Mesir itu? Juga pembunuhan beramai-ramai sebanyak 21 petani-petani Kibti (Kristian) di Mesir?

 

Boleh tidak anda menjelaskan kepada saya apa yang sedang terjadi di Indonesia (Ambon, Poso Dll), Turki serta Mesir, walaupun negara-negara ini adalah negeri majoriti Islam, dan telah menentang tindakan Amerika di Irak. Mereka juga tidak hantar askar-askar mereka ke Irak tetapi mereka telah juga dibantai oleh angkara teroris Islam?

Bolehkah tidak anda menjelaskan fenomena ini, yang telah terjadi di wilayah-wilayah Arab? Adakah itu semua dendam yang dibalaskan ke atas Amerika dan Israel? Atau semata-mata dilakukan untuk memuaskan nafsu liar yang dirangsangkan oleh ajaran-ajaran agama, yang ajar supaya menolak pihak lawan, untuk membunuhnya dan untuk menafikan pihak lawan itu?  

 

Bila Saddam Hussein tenggelami seramai 300,000 ahli Shia dan orang Kurdisy secara hidup-hidup ke dalam kuburan mereka, kita tidak mendengar suara pertentangan dari seorang pun orang Islam! Tindakan untuk berdiam diri sahaja ini telah pun menghalalkan tindakan pembunuhan beramai-ramai tersebut, bukan..?

 

Apakah yang anda mahu daripada saya? Untuk mencemuhkan masyarakat Amerika? Saya tidak berkata Amerika itu merupakan kota abadi bagi Plato. Tetapi ia adalah kota kekal abadi untuk Wafa Sultan. Idealisme masyarakat Amerika ini telah menolong merealisasikan keinsanan saya. Walaupun pada mula-mulanya saya telah datang ke negara ini dengan ketakutan.

 

Ahmad bin Muhammad:

Bersama-sama dengan orang-orang Red Indian itu? Bersama-sama dengan mereka? Apakah telah terjadi kepada mereka? Apakah yang anda boleh katakan tentang orang Red Indian hari ini?

 

Wafa Sultan:

Christopher Columbuslah yang telah menemui Amerika pada tahun 1492. Amerika telah didirikan sebagai wilayah berdaulat pada 1776, lebih kurang 300 tahun kemudian. Anda tidak boleh menuduh-nuduh Amerika sebagai satu Perlembagaan, rejim dan negara berdaulat  untuk pembunuhan orang-orang Red Indian itu.

 


Indeks Utama