Kesaksian Saudara Hisham

Nama saya Hisham. Saya seorang Melayu. Saya mula berkenalan dengan orang Kristian ketika saya mula bekerja pada awal tahun 90an. Seorang kawan saya yang beragama Kristian pernah menceritakan kesaksiannya bagaimana dia pernah mendoakan emaknya yang sedang saKit tenat. Selepas didoakan emaknya pulih dan sihat walafiat.

Daripada dialah saya dapat melihat Kitab Injil buat pertama kalinya. Saya dapati di dalam Kitab Injil terdapat nama 'Allah', lalu saya bertanya kepada kawan-kawan Muslim saya. Mereka menjawab bahawa memang di dalam Kitab orang Kristian terdapat perkataan 'Allah'. Tetapi Al-Kitab tidak menunjukkan siapa sebenarnya 'Allah" itu. Sejak daripada hari itu saya berkata kepada diri saya bahawa kalau itu adalah ajaran Kristian, lebih baik saya jauhkan diri saya.

 

Selepas itu saya memberikan perhatian yang lebih kepada agama Islam. Tetapi di dalam diri saya terdapat beberapa persoalan; menurut Islam, Al-an atau Firman Allah itu adalah kudus sebab Kitab itu dipercayai turun dari Syurga, maka apa sahaja yang turun dari Syurga semestinya kudus juga. Kalau ini adalah fahaman Islam, Isa Al-Masih juga adalah kudus sebab menurut Hadis Anas bin Malik hal 72 " Isa itu sesungguhnya Roh Allah dan FirmanNya" Jadi saya bertanya kepada diri saya sendiri, "Apakah Isa Al-Masih roh yang kudus?". Pernah Rasululah s.a.w bertanya kepada Allah, katanya : "Ya Allah, ya Tuhanku, apakah sebenarnya roh kudus?". Tuhan berfirman : "Wahai Muhammad, engkau hanya diberi pengetahuan sediKit tentang roh kerana engkau tidak tahu apa-apa, itu adalah halKu sendiri". Jadi ayat ini menunjukkan bahawa nabi Muhammad tidak tahu apa-apa tentang roh. Tetapi di dalam agama Kristian terdapat banyak ajaran tentang roh Allah.

Sejak dari hari itu saya mula belajar ilmu Tasaauf. Ini saya lakukan untuk mencari kebenaran. Saya ingin mendekatkan diri saya kepada Allah. Sementara itu saya juga sering mengutuk ajaran-ajaran Kristian.

Tetapi pada suatu hari, ketika saya melihat kalimat-kalimat Islam yang tergantung di dinding rumah saya, saya bertanya kepada diri saya : "Bermaknakah semuanya ini? Apakah yang salah di antara Kristian dengan Islam?". Pada malam itu ketika saya sedang tidur, terasa seperti ada orang yang memegang tangan dan dada saya. Saya sedar hal ini berlaku, saya cuba untuk melepaskan diri tetapi dipegang terlalu kuat. Kemudian saya bangun dan berkata : "Apakah ini?". Lalu saya sambung tidur, tetapi Dia datang sekali lagi. Kali ini saya dapat melihat jubah putihNya tetapi tidak dapat melihat wajahNya. Pada keesokkan paginya, saya pergi berjumpa dengan seorang ustaz dan menceritakan bahawa saya telah dilawati oleh seorang yang berjubah putih dan memegang tangan saya dan menerangkan bahawa Dia adalah Isa Al-Masih. Lalu ustaz itu menjawab bahawa saya telah diganggu oleh Syaitan, dia pun berdoa untuk menghalau Syaitan itu supaya tidak menganggu saya. Selepas itu saya kembali ke rumah saya.

Selepas saya sembahyang isyak pada malam itu, sekali lagi saya terdengar suara yang berkata : "Akulah Isa Al-masih". Selepas itu saya tertidur di atas tikar sembahyang. Kemudian saya terasa ada orang yang kejutkan saya, jadi saya lari ke bilik dan mula membaca Al-an sehingga tertidur. Pada malam itu Dia datang lagi dan memegang tangan saya. Daripada jubahnya saya dapat lihat luka yang sedang berdarah. Saya bertanya kenapa dadaNya berdarah dan tiba-tiba dada saya juga terasa panas! Pada saat itu saya juga tercium bau wangi seperti wangian bunga ros. Kemudian saya tersedar.

Pada malam ke tiga Dia datang lagi kepada saya dan kali ini Dia berkata : "Akulah jalan keluar untuk engkau". Sesudah saya mengalami peristiwa ini saya menelefon ke sebuah gereja dan bertanya tentang apa yang saya alami itu. Mereka menjawab bahawa apa yang saya alami mungkin datang daripada Syaitan ataupun mungkin daripada Allah sendiri. Kemudian saya telefon pula ke sebuah gereja lain dan mereka menyuruh saya dibaptis. Apabila saya menelefon ke gereja lain pula, mereka suruh saya tunggu satu minggu. Akhirnya seorang pemimpin gereja datang berjumpa dengan saya. Apabila saya berdoa bersamanya, saya terasa disentuh oleh Tuhan. Saya mula percaya kepada Isa Al-Masih dan saya percaya bahawa Dia adalah Roh Allah dan juga Kalimat Allah seperti yang tercatat di dalam Al-Anbiyaa' 21: "Dan (ingatlah kisah) Maryam yang telah memelihara kehormatannya, lalu kami telah tiupkan ke dalam (tubuh) nya Roh daripada kami dan kami jadikan dia dan anaknya tanda (kekuasaan Allah) yang besar bagi alam semesta". (Al-Imram 45: "(ingatlah), ketika malaikat berkata 'Hai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) kepada-Nya. Namanya Al-Masih "Isa Putera Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan salah seorang di antara orang-orang yang dekat (kepada Allah).

Setelah saya percaya kepada Isa Al-Masih, setiap kali saya berdoa, saya tercium bau bunga ros. Dia telah menolong menyelesaikan banyak permasalahan saya selama ini. Saya telah melihat kuasaNya. Selepas saya mengikut Dia, hidup saya telah berubah. Kalau dulu saya adalah seorang yang panas baran tetapi kini menjadi lebih banyak bersabar. Dulu saya juga merupakan seorang perokok tetapi kini saya tidak lagi terikat dengan rokok.

Kepercayaan kepada Isa Al-Masih membawa jaminan penyelamatan. Ini terbukti di dalam Al-an Surah Az-Zukhruf 61 yang berbunyi;"hazaasyiraatolmustaqiim", yang maksudnya; "Ikutlah Aku, inilah jalan yang lurus". Apakah anda bertemu dengan jalan yang lurus itu?

 

Sungguh menarik kesaksian en. Hisham tadi. Kenapa en Hisham tiba-tiba mengalami hal ini? Jelas dari kesaksian dia, en.Hisham adalah seorang yang sangat ingin mendekatkan diri kepada Allah. Seperti yang telah dijanjikan oleh Allah di dalam Kitab TauratNya, Ulangan 4:29 "...dan jika kamu mencari Allah dengan segenap hatimu, kamu akan menemuiNya." Keinginan en. Hisham terjawab apabila Isa Al-Masih menjelma kepada dia. Siapakah sebenarnya Isa Al-Masih itu yang menjawab kerinduan en. Hisham ini? Di dalam Al-an surah An-Nisa' 171, menyatakan bahawa Isa Al-Masih adalah 'kalimatullah' atau Firman Allah. Ini merupakan salah satu daripada sifat-sifatNya. Sifat Tuhan yang tidak boleh dipisahkan daripadaNya. Dengan perkataan lain Firman Allah ialah Allah sendiri. Ini bererti Isa Al-Masih adalah diri Allah sendiri, kerana Dia tidak boleh dipisahkan daripada Allah ? Dan menurut Al-an, Dia akan turun ke dunia ini untuk menghakimi umat manusia. Hadith Shahih Muslim juga mengatakan; "Rasullulah bersabda: "Wallahi! Layanzilan nabnu Maryam Hakaman a'dila" yang bermaksud 'Demi Allah! Sungguh akan turun (akan datang kembali ) Anak Maryam menjadi hakim yang adil'. Kenapa harus Isa Anak Maryam yang datang menghakimi dunia ini? Kenapa tidak nabi Muhammad sendiri yang mengadilinya kerana zaman ini merupakan zaman umat nabi Muhammad dan bukannya umat Isa a.s. Dan apakah pangkatnya Isa Al-Masih sehingga Dia boleh menghakimi keseluruhan umat di dunia ini? Cuba renungkan apakah keistimewaan Isa Al-Masih berbanding dengan nabi-nabi lain sehingga dia diangkat setinggi itu? Hanya Tuhan sahaja yang boleh menghakimi dunia ini. Kalau diperhatikan, ini jelas menunjukkan bahawa siapa sebenarnya Isa Al-Masih itu.

Anda juga mungkin rindu mendekatkan diri kepada Allah. Percayalah kepada Isa Al-Masih hari ini dan izinkan Dia menjawab kerinduan anda itu. Isa Al-Masih berjanji untuk menjawab kerinduan apabila anda datang kepadaNya, mengikut perintahNya dan menerima ajaran-ajaranNya. Datanglah kepada Dia sekarang!


Indeks Utama