NADA KEMULIAAN ILAHI YANG MURNI

Saudara-saudari yang dikasihi Tuhan dalam Isa Al-Masih. Dengan penuh kesyukuran kepada Tuhan dan rendah hati, kami menyajikan lagu-lagu rohani ini yang bergelar 'Nada Kemuliaan Ilahi', bagi kenikmatan dan penggunaan semasa kebaktian kalian semua. Diharapkan agar kalian semua akan digalakkan dan dibangkitkan di dalam iman serta azam untuk mendampingi Allah Bapa Syurgawi selalu dan mentaati-Nya pada setiap masa sambil menikmati sajian lagu-lagu kerohanian ini.

Sebenarnya, lagu-lagu ini adalah gubahan asli semuanya oleh Sdr.Hamzah, beliau sejak muda lagi telah mencari-cari Nur kebenaran dari bangku sekolah madrasahnya lagi sehingga ke peringkat institusi pengkajian tinggi (IPT) rasmi, dimana beliau berjaya mencapai kelayakan ijazahnya sebagai guru agama di kotanya. Walaupun di IPT, guru-guru Sdr. Hamzah ini tidak dapat berikan jawapan-jawapan yang memuaskan kepada pencariannya, lalu beliau telah menyahut seruan Kitab Sucinya untuk mengkaji Kitab-kitab yang telah datang lebih awal lagi, bagi mengesahkan Kebenaran. Sesudah itu, dia telah pun insaf akan kebenaran dan memeluk utusan Injil yang sebenar di dalam Hazrat 'Isa al-Masih, yang telah bersabda: "Akulah Jalan, Akulah Kebenaran dan Akulah Kehidupan, tiada seorang pun yang boleh kembali ke Allah Bapa, kecuali melalui AKU." Yohanes 14 ayat 6.

Oleh itu, terimalah sajian lagu-lagu ini sebagai penyembahan Sdr.Hamzah kepada Yang Mahakuasa yang telah menyelamatkannya. Kerana semua lagu-lagu dalam siri 'Kasih Yang Menyelamatkan' ini adalah kesaksian beliau kepada kemuliaan dan kasih kurnia Allah Bapa yang telah menganugerahi beliau dengan pelepasan serta penyelamatannya yang abadi! Moga-moga berkat serta anugerah kasih kurnia Tuhan akan melimpah kepada saudara-saudari semua juga!

Perhatian: Sekurang-kurangnya WinAmp diperlukan untuk menikmati lagu-lagu ini.

KASIH YANG MENYELAMATKAN

Sambut Isa Al-Masih
Kasih Tuhan
Oh Indahnya!
Firman Hidup
Siapkah Iman Kita?
Mulia NamaMu
Hosanna!
Kalimatullah
Nyatakan Kasih AlMasih!
Mencari Jalan



Indeks Utama