PENGENALAN

Perlukah Al-Masih Isa Mengharungi PenyalibanNya?

Tajuk ini lebih daripada yang lain, telah menimbulkan kontroversi di kalangan penganut-penganut Islam.Walaupun di dalam Al-quran terdapat pernyataan tentang kewafatan al-Masih 'Isa sebelum keberangkatan-Nya ke Syurga, namun golongan ulama' Islam tidak bersetuju di atas penterjemahan perkataan "inni mutawaffeeka" (bermaksud-mewafatkanmu) yang terdapat di dalam Surah Al-Imran 55. Sesetengahnya berkata bahawa perkataan ini tidak menunjukkan "kewafatan", sementara itu yang lain juga menegaskan bahawa al-Masih 'Isa sebenarnya tidak wafat. Dan kebanyakkan ayat-ayat ini yang telah digambarkan dalam pembelajaran di sekolah-sekolah agama Muslim dan juga dalam terjemahan ulama' seperti Al-Tabari dan Al-Zamakshasri dan lain-lainnya lagi.

Sesetengahnya berkata bahawa perkataan ini membawa makna:

1) Tidur...Al-Munthana mengaitkan "saya telah diberitahu oleh Ishaq (yang dilaporkan kepadanya oleh Abd. Allah Ibn Jaafar dan Al-Rabia) bahawa "Inni mutawaffeeka" memberi makna wafat di dalam tidur, dan Tuhan membangunkan Dia daripada tidurnya.

2) Mengenapi atau menglengkapkan...-oleh Ali Ibn Shuhail, Domra Ibn Rabia, Ibn Shuthab, dan Matar Al-Waraq, yang mengatakan bahawa ia bermakna "Aku, Tuhan mengangkat engkau daripada dunia, tetapi tidak dengan kewafatan."

3) Mengenggam atau "memiliki"-oleh Yunis yang berkata "Ibn Wahab dan Ibn Zeid ada memberitahu kita bahawa "inni mutawaffeeka" yang menunjukkan "Aku mengenggam-mengambil-engkau...Dia tidak wafat dan tidak akan wafat sehingga dia membunuh al-Dajjal, kemudian barulah dia akan wafat."

4) Abu Jaafar Al-Tabari mengambarkan tradisi daripada Muhammed yang berkata: Isa (Yesus) Anak Maryam akan turun dan menghapuskan anti-al-Masih 'Isa yang tinggal di atas bumi ini untuk suatu ketika (masa tidak dicatatkan) dan dia akan wafat serta orang-orang Muslim akan merestuinya."

Sebaliknya, kumpulan yang mencadang makna ungkapan ini bermaksud kewafatan sebenar juga banyak :

1) Al-Munthana berkata : Abd Allah Ibn Salih, Muawiheh dan Ali Ibn Abbas menyebut bahawa "inni mutawaffeeka" bermakna "Aku menyebabkan kamu wafat/mati".

2) Daripada Ibn Hamid, seperti yang diberitahu oleh Salma, Ibn Ishaq, Wahab Ibn Munabbih, "Allah menyebabkan Isa Anak Maryam meninggal untuk tiga jam dan membangunkan dia." (Jamia Al-Bayan 3.289-292).

Terjemahan daripada Al-Imam Al-Razi, menyebut mengenai ayat ini berkata apabila Tuhan berfirman, "Hai Isa! Aku mewafatkan dan mengangkat engkau naik kepada-Ku" menunjukkan bahawa Tuhan berkuasa ke atasnya.

Pertama, "inni mutawaffeeka"-diangkat olehNya dan ayat lain mengambarkan kepada 'Isa berbunyi, "Apabila Tuhan mengangkatku, Tuhan telah memperlihatkan kepada mereka, bermakna Tuhan menjaga dia.

Dua baris ayat di atas memberi dua jenis keterangan yang berbeza. Sesetengahnya menerima ayat ini secara harfiah dan yang lainnya kata makna ayat tersebut ialah 'wafat' secara terpendam.

Terjemahan Pertamanya-"inni mutawaffeeka" yang bermaksud "Kehidupanmu telah digenapi, jadi Aku (Allah) akan mewafatkan kamu dan tanpa pengetahuan mereka (Yahudi) untuk membunuh kamu, tetapi Aku mengangkat kamu ke Syurga dan menempatkan kamu di kalangan para malaikat-Ku dan Aku akan melindungi kamu."

Terjemahan Keduanya-"inni mutawaffeeka" yang bermaksud "Aku menyebabkan engkau wafat", merujuk kepada Ibn Abbas dan Hama Ibn Ishaq, ia bermakna, "Musuhnya orang-orang Yahudi, tanpa pengetahuan mereka yang hendak membunuhnya, jadi Allah memberi kemuliaan kepadanya dengan mengangkatnya ke Syurga. Ini juga membawa maksud yang berbeza:

1) Wahab b.Munabbih telah berkata: "Dia telah wafat selama 3 jam dan kemudian dia bangkit".

2) Muhammad Ibn Ishaq telah berkata: "Dia wafat selama 7 jam, kemudian Tuhan menghidupkannya semula dan mengangkatnya ke Syurga."

3) Al-Rabia Ibn Unis berkata bahawa Tuhan menyebabkan dia wafat dan mengangkatnya ke Syurga. Tuhan berfirman: "Allah, mengambil jiwa pada saat kewafatan, dan mereka tidak akan wafat sewaktu tidur."

Jadi oleh kerana terdapat tiga pendapat yang berbeza di antara ulama' Muslim, dan dengan terjemahan yang berbeza daripada ayat Al-quran mengenai hari-hari terakhir dalam kehidupan al-Masih 'Isa, kita seharusnya kembali kepada kepada catatan Al-Kitab dan Injil, yang telah memberikan terjemahan yang tepat sekali. Di sini tidak ada pertentangan mengenaiNya berkenaan dengan kewafatan al-Masih 'Isa, kebangkitanNya dan keberangkatanNya ke Syurga.

 

PENYALIBAN MENURUT AL-KITAB/INJIL DAN JUGA AL-QURAN

Daripada nas 1 Korintus 1:22-24, firman Tuhan berkata: "Orang Yahudi menuntut mukjizat sebagai bukti dan orang Yunani mementingkan kebijaksaan. Tetapi kami mengisytiharkan al-Masih 'Isa yang disalibkan. Berita itu menyinggung perasaan orang Yahudi dan dianggap suatu kebodohan oleh orang-orang bukan Yahudi. Tetapi bagi mereka yang sudah dipanggil oleh Allah baik orang Yahudi ataupun orang bukan Yahudi, berita itu al-Masih 'Isa, yang menunjukkan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah. "Di dalam 1 Kor 2:1-2, Dia berkata: "Saudara-saudaraku, semasa aku datang kepadamu untuk memberitakan rancangan Allah yang belum diketahui oleh dunia, aku tidak mengunakan kebijaksanaan dunia ini ataupun kata-kata yang susah difahami. Aku berbuat demikian kerana ketika aku bersama-sama kamu, aku mengambil keputusan untuk memberitakan 'Isa al-Masih 'Isa sahaja, terutama kewafatan-Nya pada kayu salib."

Jika kita memerhatikan ayat daripada para pengikutnya secara keseluruhannya, kita dapat memahami utusan khabar Injil yang mereka telah ajari dari awal-awal lagi tentang pergerakan Kristian Nasrani, dan orang-orang yang telah menerimanya dan 'diselamatkan' merupakan satu berita gembiraan yang baru dan ringkasannya di dalam 1 Kor 15:1-4, berbunyi: "Saudara-saudaraku, sekarang aku hendak mengingatkan kamu tentang Berita Baik yang aku khabarkan dahulu. Kamu menerimanya dan kepercayaan kamu kepada al-Masih 'Isa berdasarkan Berita Baik itu. Itulah Berita Baik, perkhabaran yang aku beritakan kepada kamu. Berita Baik itu akan menyelamatkan kamu jika kamu berpegang kepadanya dengan teguh. Tetapi jika kamu tidak berpegang kepadanya dengan teguh, maka kepercayaan kamu adalah sia-sia. Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: al-Masih 'Isa wafat kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam Al-kitab: Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula".

Walaupun begitu, sesudah 500 tahun telah berlalu selepas para Hawarii, pengikut-pengikut al-Masih Isa dan penginjil -penginjil yang lain menyebar Khabar Injil keseluruhan dunia, di mana juga terdapat mereka yang menolak kebenaran ini dengan mengatakan kepada orang-orang Kristian, "agama kamu sudah terpesong". Mungkin pembantah ini mengambil idea daripada orang fasik. Orang-orang Yahudi yang telah memeluk agama Kristian, di mana mereka merupakan jiran kepada orang lain yang mempercayai bahawa al-Masih 'Isa sebenarnya tidak wafat. Sebenarnya kami sangat terhutang budi kepada Yahya, iaitu salah seorang pencatat Kitab Suci Injil, yang mengatakan hal ini apabila dia mencatatkan kepada kita yang mengatakan tentang orang-orang Farisi yang bertelagah dengan al-Masih 'Isa di dalam Yahya 12:34, "Orang ramai berkata kepadanya: "Taurat kami mengatakan bahawa penyelamat yang diutus oleh Allah akan hidup selama-lamanya. Bagaimana kamu dapat berkata bahawa Anak Manusia harus ditinggikan di atas bumi? Siapakah anak manusia itu?"

Bagi kebanyakan pengikut Islam pula, catatan berkaitan dengan peristiwa ini mengenai penyebaran ajaran Nasrani Kristian di Semenanjung Hijaz(Tanah Arab), memberitahu bahawa al-Masih 'Isa telah sedia berubah wajah dirinya kepada mirip orang lain, dan apabila musuhnya telah datang untuk menangkap dia, kononnya Dia telah berubah wajahnya menyerupai orang lain, dan yang disalibkan itu adalah sebagai ganti dirinya. Tetapi al-Masih 'Isa telah diangkat kepada yang Esa yang telah mengutus dia, untuk memberi penghinaan kepada orang-orang yang memusuhinya itu. Masakan Tuhan akan membenarkan Rasul-Nya dikutuk dan dihina oleh musuh-musuhNya!

Ayat di dalam Al-quran yang mencatatkan hari-hari terakhir di dalam kehidupan al-Masih 'Isa juga bersetuju dengan cerita ini dan bercanggah dengan pernyataan golongan Yahudi. Di dalam Surah An-Nisa' 157-158 yang berbunyi: "Mereka berkata, (orang-orang Yahudi) 'Kami telah membunuh Mesaya, Isa Anak Maryam, utusan Allah', mereka tidak membunuhnya, atau menyalibkan dia, tetapi dia telah diserupakan kepada mereka, dan orang-orang yang tidak bersetuju, merasa ragu-ragu, mereka tidak mengetahuinya, mendesak mereka dan dengan tidak berapa pastinya mereka telah membunuhnya, tetapi Allah telah mengambilnya kepadaNya."

Kami memahami dengan jelas daripada ayat tentang orang-orang fasik yang berpaut kepada ajaran Kristian, bahawa penyaliban di dalam pemahaman mereka, bukan daripada peristiwa sebenar, atau daripada doktrin penebusan, tetapi lambang atau tanda, sebagai bintang yang menunjukkan keajaiban seorang bayi yang telah dilahirkan di Bethlehem, atau untuk menunjukkan pembaptisan Roh Kudus yang menjelma dalam bentuk burung merpati, menyucikannya ketika pembaptisanNya di sungai Jordan. Tetapi penyaliban yang dipikulnya, yang mana telah menebus, seperti anak domba yang menjadi korban untuk mengambil segala dosa dunia ini, adalah tidak penting kepada mereka! Mereka menolak hakikat yang telah diumumkan kepada penduduk di Galilea di dalam surat Galatia 3:13-14, "Tetapi al-Masih 'Isa telah membebaskan kita daripada kutukan yang didatangkan oleh Taurat. Dia melakukan hal ini dengan membiarkan diriNya terkutuk kerana kita. Di dalam Al-kitab tertulis: "Terkutuklah orang yang wafat digantung pada pokok." al-Masih 'Isa membuat demikian supaya berkat yang dijanjikan oleh Allah kepada Abraham, juga dapat dianugerahi kepada orang bukan Yahudi. Dengan demikian kita yang percaya kepada Allah, dapat menerima Roh yang dijanjikan oleh Allah".

Barangkali bantahan pelik terhadap penyaliban ini berasas di dalam 'Kitab palsu' yang dilambangkan kepada Yahya yang tetapi 'ditulis oleh orang-orang fasik'. Tidak ada keraguan terhadap Islam yang telah mewarisinya dan penolakan penyaliban oleh orang-orang musyrik yang berada di sekitar Tanah Arab, yang diayunkan oleh Islam. Ini mengecewakan kerana ajaran dan ulamak ortodoks Islam tidak bersetuju ke atas salah-tafsiran ini terutama sekali dengan teori 'orang lain yang telah mengambil tempat al-Masih 'Isa', dan banyak cerita yang wujud mengenainya. Satunya ialah apabila orang-orang Yahudi menetapkan untuk membunuh al-Masih 'Isa, Tuhan telah mengangkatnya ke Syurga. Ketua mereka merasa takut untuk berhadapan dengan orang ramai yang melawan mereka, mengambil serta membunuh dan menyalibkan orang lain, dan menipu orang ramai dengan mengatakan bahawa itu adalah al-Masih 'Isa. Yang lainnya berkata bahawa Tuhan telah menyerupai orang lain seperti al-Masih 'Isa, dan yang disalibkan itu kononnya adalah penggantinya!

Banyak ayat yang menceritakannya:

1) Seorang Yahudi yang bernama Yudas telah memasuki rumah di mana 'Isa berada, dengan bertujuan untuk menangkapnya, tetapi tidak dapat mencarinya. Tuhan telah menyerupai wajahnya seperti mirip 'Isa, dan apabila dia keluar daripada rumah itu, orang ramai berpendapat bahawa dia adalah Isa, dan menangkapnya lalu menyalibkannya.

2) Orang-orang Yahudi, apabila mereka menangkap Isa, dan dia dikawal oleh pengawal, tetapi 'Isa telah diangkat oleh Tuhan dengan mukjizatNya dan Tuhan telah menyerupai wajah pengawal itu seperti mirip Isa, jadi mereka telah mengambilnya serta menyalibkannya, sementara itu dia menjerit dengan kuat "saya bukannya Isa"

3) Salah seorang daripada kawan Isa yang telah berjanji untuk menyerahkan dirinya secara sukarela kerana ingin masuk ke Syurga sebagai ganti dirinya (Isa). Tuhan telah menyerupai wajahnya seperti Isa dan dia telah ditangkap lalu disalibkan, sementara Isa telah diangkatkan ke Syurga.

4) Seorang daripada pengikut Isa telah mengkhianatinya, (yakni Yudas), yang telah mendatangi pemimpin-pemimpin Yahudi untuk menunjukkan 'Isa kepada mereka, dan bersama-sama mereka untuk mengambilnya. Tuhan telah menyerupainya seperti Isa dan dia pula telah ditangkap dan disalibkan.

Hanya terdapat beberapa ulasan sahaja di dalam Al-quran yang bersetuju di atas cerita ini. Al-Jalalayn dalam terjemahannya mengenai ungkapan Al-quran "dirupai kepada mereka" (Shubbihana lahum) yang mengatakan bahawa Allah menyerupai seperti mirip Isa ke atas seorang yang lain dan mereka berpendapat bahawa orang itu adalah Isa, dan mereka membunuh dan menyalibkan dia. Ungkapan ini "mereka yang tidak bersetuju dan merasa ragu-ragu terhadapnya" (tentang Isa, berhubung dengan kewafatannya)-bermakna bahawa salah seorang daripada mereka, telah melihat orang yang wafat itu dan berkata: "Wajah adalah wajah Isa, tetapi tubuhnya adalah bukan tubuh Isa". Yang lain berkata: "itu adalah dia".(Ulasan Al-Jalalayn, m/s 135)

Al-Baidawi berkata: "Ia menceritakan bahawa kumpulan orang-orang Yahudi yang menangkap Isa dan Ibunya, dan dia mengutuk mereka dan mereka telah bertukar menjadi beruk dan babi! Orang-orang Yahudi yang berkumpul bersama-sama untuk membunuhnya, tetapi Tuhan telah memberitahunya bahawa dia akan diangkat ke Syurga. Dia berkata kepada kawannya: "Siapakah yang bersedia untuk mengambil tempatku dan akan dibunuh serta disalibkan dan dimasukkan ke dalam Syurga? Salah seorang daripada mereka memberi maklum balas dan Tuhan menyerupainya seperti Isa lalu dia ditangkap dan disalibkan."

Al-Zamakhshari berkata: "perkataan 'dimunculkan(dirupai) kepada mereka' bermakna bahawa mereka digambarkan ianya berlaku atau mereka membuat anggapan bahawa mereka telah membunuh serta menyalibkan dia-jadi dia telah wafat dan tidak hidup. Tetapi dia hidup kerana Tuhan mengambilnya kepada-Nya."

Tidak ragu-ragu lagi bahawa keputusan daripada pelbagai ayat ini adalah kurang jelas perkataannya di dalam Al-quran yang berhubung dengan hari terakhir kehidupan al-Masih 'Isa di dunia ini. Perselisihan ini telah menimbulkan banyak perbezaan dan pertentangan pendapat. Hakikatnya ialah dunia Islam sejak dahulu lagi tidak mencapai kata sepakat tentang apakah yang benar-benar telah berlaku pada hari 'Isa al-Masih disalibkan.Kerana ada tafsiran yang jelas membuktikan penyaliban Isa, dan ada juga kelompok Muslim yang ingin nafikannya. Dan sudah menjadi tanggungjawab para ulama' seperti Imam Fakhred Din ar-Razi yang patut menolak cerita ini secara mutlaknya. Dalam ulasannya di dalam surah Al-Imran 55: "Hai Isa anak Maryam, Aku mengambil engkau kepada-Ku, dan mengangkat engkau naik kepada-Ku", dia menerangkan tentang perkara pertukaran seperti al-Masih 'Isa kepada orang lain melalui pelbagai cara:

1) Jika ini adalah persetujuan untuk menegaskan bahawa Tuhan telah menyerupakan seseorang kepada orang lain dan ini membuka jalan kepada penipuan serta pada masa itu, dengan alasan yang tidak jelas dan akhirnya membawa kepada ramalan yang tidak sah.

2) Tuhan telah membantunya (Isa) dengan Roh KudusNya. Adakah di dalam hal ini Dia tidak mampu untuk melakukannya? Dia (Isa) mampu untuk bangkit dari kewafatannya, dan adakah Dia tidak mampu untuk melindungi dirinya sendiri?

3) Tuhan telah bersedia untuk menyelamatkan dia dengan mengangkatnya ke Syurga, jadi apa gunanya penyerupaan kepada orang lain untuk menanggung sepertinya?

4) Dengan melakukannya-bahawa dengan pertukaran kepada orang lain sama seperti Dia-mereka percaya bahawa itu adalah Isa, walaupun sebenarnya adalah bukan. Ini adalah satu kebodohan dan bukannya daripada kebijaksaan Tuhan.

5) Kebanyakan orang-orang Kristian samada dari timur atau barat, masing-masingnya penuh dengan perasaan kasih kepada al-Masih 'Isa dan taksub terhadap perlakuannya itu, dalam membuktikan bahawa dia memang sebenarnya telah disalibkan. Lagipun, jika kami menolaknya, kami akan mencemarkan satu-satunya peristiwa bersejarah yang diakui seluruh dunia, dan lagi kami mencela ramalan nabi Muhammad, Isa AS serta nabi-nabi terdahulunya.

6) Secara logika bahawa "orang lain" boleh memutus untuk membela dirinya lalu berkata bahawa dia bukannya Isa dan apakah dia tidak akan bertindak begitu?

Jika dia tidak melakukanya, kami mengerti bahawa ianya bukan laporan. Jika Al-quran mengatakan tentang penolakan penyaliban al-Masih 'Isa, mereka sememangnya tidak menolak kewafatanNya, sebelum dia diangkat ke Syurga. Apabila kami mengamati hari-hari terakhir Al-Masih 'Isa di atas muka bumi ini seperti yang digambarkan di dalam Al-quran,terdapat tiga teks yang mengesahkan tentang kewafatannya dan dua teks yang menyatakan bahawa dia telah dibunuh.

1.) Surah Al-Maryam 33- "Berbahagialah pada hari Aku dilahirkan, pada hari Aku diwafatkan dan pada hari Aku dibangkitkan kembali", ayat ini jelas mengatakan bahawa al-Masih 'Isa dilahirkan, diwafatkan dan dibangkitkan semula daripada kewafatannya, di dalam bentuk ramalan dan berdasarkan mukjizat. Ia bersetuju dengan teks di dalam Al-kitab yang merupakan FirmanNya.

2.) Surah Al-Imran 55- Apabila Tuhan berfirman, "Hai Isa Anak Maryam! Aku mewafatkan engkau dan mengangkat engkau kepada-Ku dan akan menyucikan engkau daripada orang-orang yang tidak percaya, dan Aku menjadikan pengikutmu di atas orang-orang yang tidak percaya sehingga ke hari kiamat.

3.) Surah Al-Maidah 116-117- Apabila Allah berfirman, "Hai Isa anak Maryam, engkau tidak berkata kepada manusia, "Terimalah Aku dan ibuKu sebagai dua Tuhan di samping Allah?, …Dia menjawab, "untuk kemulian…Aku memberitahu kepada mereka bahawa hanya engkau yang memerintah ke atasKu…dan apabila Engkau mengambilku, Engkau telah mengambil perhatian mereka".

4) Surah Al-Baqarah 87-Dan firmanNya, "Kami telah memberikan Musa kitab, dan kami telah mengajar utusan berikutnya selepas dia dan kami memberi Isa anak Maryam bukti yang jelas dan kami membantunya dengan Roh Kudus. Jadi apabila datang kepada kamu seorang utusan Allah yang mana ianya adalah bukan kehendakmu, kamu menjadi sombong, dan sesetengahnya kamu tidak percaya, maka kamu membunuhnya." Perkataan ‘membunuh’ di sini tidak berapa jelas dan hanya boleh diterjemahkan sebagai ‘membawa maut’. Jika Al-quran tidak menyatakan bagaimananya pembunuhan al-Masih 'Isa ditempat kejadian itu, Al-kitab adalah satu-satunya punca yang tulen untuk mencari jawapannya.

5) Surah Al-Imran 183- "Mereka (Orang-orang Yahudi) berkata, "Tuhan telah mendakwa kita yang kita tidak percaya kepada mana-mana utusan sehingga Dia membawa kepada kami persembahan daripada api, daripada Syurga akan kerugian. Berkata kepada mereka: "Hai Muhammad, utusan yang datang kepada kamu sebelum aku dengan pelbagai mukjizat dan mukjizat apakah yang kamu ada? Mengapa kamu membunuh mereka? Jawablah jika kamu seorang yang benar!

Jika kita meneliti cerita daripada Al-quran, kita menemui bahawa utusan yang datang daripada Tuhan dengan persembahan adalah al-Masih 'Isa. Surah Al-Maidah 114 berkata, "Isa anak maryam berkata: ‘Oh Tuhan, Allah kita, berikanlah kami hidangan makanan daripada Syurga, ini adalah sebagai jamuan bagi kami…dan tanda daripadaMu, biarlah kami melayaniMu sebagai pelayan yang terbaik.’

Sekarang kembali kepada Surah An-Nisa’: "Mereka tidak membunuhnya atau menyalibkan dia, tetapi ia dimunculkan seperti itu kepada mereka". Ayat ini berusaha untuk mengalihkan pandangan pengikut kepada perkataan surat, sehingga surat dipenjara, untuk meluaskan kebebasannya. Kami tidak memerlukan sebarang ayat lain kerana ayat di dalam Al-kitab telah cukup untuk membawa kebenaran. Ini amat penting untuk kita mencari maksud sebenar pemimpin Yahudi dalam pembunuhan al-Masih 'Isa, dan ini lebih jelas kepada kita seperti yang diterangkan oleh Yahya dalam catatannya daripada Kitab Suci Injil, apabila dia berkata di dalam Yahya 11:47-50, "Oleh itu orang-orang Farisi dan ketua-ketua Imam mengadakan mesyuarat dengan majlis agama. Mereka berkata: "Apakah yang harus kita lakukan? lihatlah, orang ini banyak melakukan mukjizat! Jika kita biarkan dia terus berbuat demikian, semua orang akan percaya kepadaNya. Akhirnya penguasa Rom akan datang lalu menghancurkan Rumah Tuhan dan bangsa kita!. Seorang daripada mereka bernama Kayafas, Imam agung pada tahun itu, dia berkata "Kamu tidak tahu apa-apa, tidakkah kamu sedar bahawa lebih baik satu orang wafat bagi umat kita daripada seluruh bangsa kita dibinasakan?"

Sememangnya, apabila mereka mengantungkan Dia di atas kayu salib, dan setelah Dia wafat, Dia dimasukkan ke dalam kubur dan pintu kubur itu telah dimeterai oleh pemeterai chop mohor Pilatus, mereka sangat bergembira dan berfikir bahawa mereka akhirnya telah terselamat daripada pengajaran dan tanda-tanda dan berharap agar dengan kewafatannya secara zalim itu akan dapat mencegah pengikut-pengikutnya daripada meneruskan aktivitinya. Tetapi Tuhan telah mengirimkan angin untuk mengubah arah haluan orang-orang Yahudi walaupun mereka tidak mengkehendakinya: untuk kewafatan penebusannya di kayu salib, sebelum itu dia telah memimpin ramai orang kepadaNya. Apa yang diramalkan kepadanya adalah benar, seperti kata-kata 'Isa yang tercatat dalam Yahya 12:32 "Apabila Aku ditinggikan di atas bumi, Aku akan memimpin semua orang kepada-Ku".

Dalam cara yang sama, pelbagai mukjizat diteruskan melalui pengikut-pengikutnya, ini termasuklah kuasa yang telah diberikan kepada mereka. Kitab Suci Injil memberitahukan di dalam Kisah rasul-rasul 19:11-12, "Allah melakukan mukjizat yang luarbiasa melalui Paulus. Bahkan saputangan dan kain yang pernah dipakai oleh rasul Paulus pun dibawa kepada orang sakit, lalu mereka sembuh dan roh jahat keluar daripada mereka."

Jadi kami boleh menerima ayat di dalam Al-quran sebagai keterangan yang berlawanan dengan mereka, orang yang tidak percaya, apabila ia berkata: "Hai orang-orang yang tidak bersetuju tentangnya dan merasa ragu-ragu, mereka tidak berpengetahuan, mereka membunuhnya dengan tidak pasti. Dia telah bangkit pada hari ketiga, dan selama 40 hari selepas dia muncul beberapa kali kepada para pengikutnya, kemudian Dia naik ke Syurga dan duduk disebelah kanan Tuhan. Di dalam Al-quran ada mengatakan, ‘Aku telah mengambil dan mengangkat engkau-'Isa, kepada-Ku’.

 

BUKTI TENTANG PENYALIBAN AL-MASIH 'ISA

Ini adalah sangat penting dan ini bukannya di dalam skop untuk menyatakan kepada mereka secara terperinci, di antaranya ialah :

1. NUBUAT DAN RAMALAN-RAMALAN MENGENAI PENYALIBANNYA

Terdapat banyak ramalan di dalam Al-kitab yang merujuk kepada kewafatan penebusan al-Masih 'Isa di kayu salib, semuanya penuh dengan kejujuran.

Ramalan-al-Masih 'Isa dijual dengan harga 30 keping wang perak.

Zakaria 11:12 "Aku berkata kepada mereka, "Jika kamu rela, bayarlah upahku. Jika tidak, tidak usah." Mereka membayar upahku sebanyak tiga puluh keping wang perak.

Digenapi-Matius 26:14 "Kemudian seorang daripada 12 orang pengikut Yesus, yang bernama Yudas Iskariot, pergi kepada ketua para Imam. Dia berkata "Apakah yang akan kamu beri kepadaku jika aku menyerahkan 'Isa kepadamu?"Mereka mengira 30 keping wang perak lalu menyerahkan wang itu kepadanya.

Ramalan-Duit itu digunakan untuk membeli tanah Tukang Periuk Belanga.

Zakaria 11:13, "Tuhan berfirman kepadaku, "Masukkan wang itu ke dalam Perbendaharaan Rumah Tuhan," Oleh itu aku mengambil 30 keping wang perak itu. Hanya sekian perhargaan mereka kepadaku. Aku pun memasukkan wang itu ke dalam Perbendaharaan Rumah Tuhan.

Digenapi;-Matius 27:3-8, "Apabila Yudas, pengkhianat itu tahu bahawa 'Isa telah dijatuhi hukuman wafat, dia menyesal. Lalu dia mengembalikan 30 keping wang perak itu kepada para ketua Imam dan pemimpin masyarakat Yahudi. Dia berkata, "Aku sudah berdosa kerana mengkhianati orang yang tidak bersalah sehingga dihukum mati !". Tetapi mereka menjawab, "Kami tidak peduli! itu urusanmu". Yudas melemparkan wang itu ke dalam Rumah Tuhan lalu meninggalkan mereka. Kemudian dia pergi mengantungkan dirinya. Para ketua Imam memungut wang itu dan berkata, "Wang ini upah seorang pembunuh. Menurut Taurat kita, wang ini tidak boleh dimasukkan ke dalam peti persembahan di Rumah Tuhan." Setelah bersetuju mereka mengunakan wang itu untuk membeli tanah yang disebut Tanah Tukang Periuk. Tanah itu digunakan sebagai perkuburan orang bukan Yahudi. Sebab itulah sehingga hari ini tanah itu dinamakan , ‘Tanah Darah’.

Ramalan-Diejek dan disalibkan

Mazmur 22:16-18, "Sekumpulan orang jahat mengelilingi aku; seperti sekumpulan anjing, mereka mengepung aku, mereka menyiat tangan serta kakiku. Semua tulangku kelihatan. Musuh memandangku sebagai tontonan; mereka membahagi-bagikan pakaianku dan membuang undi untuk jubahku.

Digenapi-Markus 15:16-20-Askar-askar membawa 'Isa ke balai istana gabenor dan mengumpulkan semua askar yang lain. Mereka memakaikan jubah unggu pada Yesus, serta membuat mahkota daripada ranting-ranting berduri lalu meletakkannya pada kepala Yesus. Setelah itu mereka memberi hormat kepadanya, "Daulat raja orang Yahudi!" Mereka memukul kepalanya dengan kayu, meludahinya serta sujud di hadapannya. Setelah mereka mempermainkanYesus, mereka menanggalkan jubah ungu itu lalu mengenakan pakaiannya semula. Kemudian mereka membawa 'Isa keluar untuk disalibkan.

Ramalan-Dicederakan serta ditewaskan

Yesaya 53:5, "Tetapi dia dilukai oleh kerana dosa kita, dia diseksa kerana perbuatan jahat kita, kita diselamatkan kerana hukuman yang ditanggungnya, kita disembuhkan kerana luka-lukanya.

Zakaria12:10- "Aku akan memberi keturunan Daud dan penduduk Baitul Muqqdis hati yang suka mengasihani dan suka berdoa. Mereka akan memandang orang yang ditikam oleh mereka, lalu meratapinya seperti orang yang meratapi kewafatan anak tunggal. Mereka akan meratap dengan pilu, seperti orang yang kehilangan anak lelaki sulung."

Digenapi-Lukas 22:63-65- "Semua orang yang mengawal 'Isa mempermainkan dan memukul Dia. Mereka menutupi matanya lalu bertanya kepadanya, "Tekalah, siapakah yang memukul kamu? Banyak lagi hinaan lain yang dilemparkan Oleh mereka kepada Yesus.

Yahya 19:34 "Tetapi salah seorang askar menusuk rusuk 'Isa dengan tombak, dan pada ketika itu juga keluarlah darah dan air."

Ramalan-Dia menerima kesengsaraan dengan sabar.

Yesaya 53:7 "Dia diperlakukan dengan kasar, tetapi dia menanggungnya dengan sabar; dia tidak membuka mulutnya seperti anak domba yang dibawa ke pembantaian, atau induk domba yang dicukur bulunya."

Digenapi- 1 Petrus 2:23-24- "Dia tidak pernah berdosa dan sesiapa pun tidak pernah mendengar dia berdusta. Apabila dia dicerca, dia tidak membalas dengan cercaan. Pada waktu dia menanggung penderitaan, dia tidak mengancam orang, tetapi dia mempercayakan diri kepada Allah, hakim yang adil itu. al-Masih 'Isa sendiri memikul dosa kita pada tubuhnya di kayu salib, supaya kita bebas daripada kuasa dosa, lalu hidup menurut kehendak Allah. Luka-luka al-Masih 'Isalah yang menyembuhkan kamu."

Ramalan-Dia telah ditewaskan serta diludahi.

Yesaya 50:6- "Aku memberi belakangku kepada mereka yang memukul aku, dan pipiku kepada orang yang mencabut janggutku. Aku tidak memalingkan mukaku ketika aku dihina dan diludahi."

Digenapi-Markus 15:19 "Mereka memukul kepalanya dengan kayu, meludahinya serta sujud dihadapannya."

Ramalan-Mereka mengejek Dia.

Mazmur 22:6-7- "Tetapi aku ini ulat, bukan manusia yang dihina dan dicaci semua orang. Semua orang yang melihat aku mempermainkan aku; mereka menjelirkan lidah dan mengelengkan kepala."

Digenapi-Matius 27:39-42- "Semua orang yang lalu di situ mengelengkan kepala sambil mencemuh Yesus. Mereka berkata: "Kamu mahu merobohkan Rumah Tuhan lalu membinanya dalam tiga hari! Jika kamu anak Allah selamatkanlah diri kamu dan turunlah dari kayu salib itu!, Para ketua Imam, guru Taurat, dan pemimpin masyarakat Yahudi juga memperolokkanYesus. Mereka berkata, "Dia menyelamatkan orang lain, tetapi tidak dapat menyelamatkan dirinya sendiri!Bukankah dia raja orang Israel? Jika dia turun dari kayu salib sekarang, kami akan percaya kepadanya!"

Ramalan-Dia hairan kerana BapaNya meninggalkannya.

Mazmur 22:1- "Allahku, ya Allahku, mengapakah engkau meninggalkan aku?Aku berseru tetapi engkau tetap jauh, dan tidak menolong aku."

Digenapi-Matius 27:46- "Pada pukul tiga petang 'Isa berseru dengan suara lantang, ‘Eli, Eli lama sabakhtani?’ yang bererti, ‘Ya Allahku, ya Allahku, mengapa engkau meninggalkan aku?’

Ramalan-Mereka memberinya cuka untuk diminum.

Mazmur 69:21 "Ketika aku dahaga mereka memberikan cuka sebagai minuman"

Digenapi-Yahya 19:28- "'Isa tahu bahawa sekarang semuanya sudah selesai, dan supaya apa yang tertulis di dalam Al-kitab berlaku, Dia berkata, ‘Aku dahaga’…jadi mereka mencelupkan ke dalam cuka lalu dicucukkan pada batang hisop dan kemudian dihulurkan ke mulut Yesus."

Ramalan-Askar-askar membahagi-bahagikan pakaiannya.

Mazmur 22:18- "Mereka menbahagi-bahagikan pakaianku dan membuang undi untuk jubahku."

Digenapi-Yahya 19:23-"Setelah askar-askar itu menyalibkan Yesus, mereka mengambil pakaiannya lalu membahaginya menjadi empat bahagian, dan masing-masing mendapat sebahagian. Mereka juga mengambil jubahnya yang dibuat daripada sehelai kain yang ditenun dari atas sampai ke bawah tanpa jahitan."

Ramalan-Tulang-temulangNya tidak dipatahkan

Mazmur 34:20- "Tuhan memelihara mereka dengan sempurna, tulang mereka tidak satu pun patah."

Digenapi-Yahya 19:32- "Oleh itu askar-askar pergi mematahkan kaki kedua-dua orang yang disalibkan bersama-sama Yesus, tetapi apabila mereka sampai kepada Yesus, mereka lihat Dia sudah meninggal. Oleh itu mereka tidak mematahkan kakinya."

Ramalan-Rusuknya ditusuk oleh tombak.

Zakaria 12:10-"Mereka akan memandang orang yang ditikam oleh mereka,

lalu meratapinya seperti orang yang meratapi kewafatan anak tunggal."

Digenapi-Yahya 19:34- "Tetapi salah seorang askar menusuk rusuk 'Isa dengan tombak, dan pada ketika itu juga keluarlah darah dan air."

Ramalan-KewafatanNya bersama dengan orang jahat, tetapi dimuliakan.

Yesaya 53:9- "Dia dikuburkan bersama-sama dengan orang jahat, dan dikebumikan bersama-sama dengan orang kaya."

Digenapi-Matius 27:57-60- "Pada waktu petang, seorang orang kaya dari Arimatea bernama Yusuf datang. Dia juga pengikut Yesus. Dia pergi kepada Pilatus dan meminta jenazah Yesus. Pilatus memberikan perintah supaya jenazah 'Isa diberikan kepadanya. Yusuf mengambil jenazah itu lalu membalutnya dengan kain linen baru. Dia meletakkan jenazah 'Isa di dalam kubur miliknya sendiri yang baru dipahat dibukit batu. Kemudian Yusuf mengulingkan sebuah batu besar untuk menutup pintu kubur itu, lalu dia pergi."

2. PERNYATAAN DARIPADA AL-MASIH 'ISA

Banyak kali sudah al-Masih 'Isa menerangkan kepada pengikutnya bahawa misi penyelamatannya memerlukan kewafatannya di atas kayu salib. Ini adalah tugas utama kedatanganNya yang Dia berikan dalam ucapanNya yang terakhir, yang mana Dia telah memberitahu kepada mereka pada malam Dia dikhianati. Dan Dia telah pergi untuk menunjukkan keajaiban Al-kitab. Pengikutnya telah mengisytiharkan tentang kewafatannya di atas kayu salib sebagai penebusan kemanusiaan.

Matius 16:21- "Sejak itu 'Isa mula berkata dengan terus terang kepada pengikut-pengikutnya, "Aku harus pergi ke Baitul Muqqdis dan mengalami banyak penderitaan yang disebabkan oleh para pemimpin masyarakat, ketua Imam dan guru Taurat. Aku akan dibunuh tetapi pada hari ketiga Aku akan dibangkitkan semula!"

Matius 17:22- "Apabila semua pengikut 'Isa berkumpul di Galilea, 'Isa berkata kepada mereka "Tidak lama lagi Anak manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan manusia. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga, Dia akan dibangkitkan semula." Oleh itu pengikut-pengikutnya berdukacita.

Matius 26:1-2 - "Setelah 'Isa mengajarkan semuanya itu, Dia berkata kepada pengikut-pengikutnya, "Kamu tahu bahawa dua hari lagi perayaan Paska akan dirayakan, dan anak manusia akan diserahkan untuk disalibkan!"

Markus 8:31- "Kemudian 'Isa mula mengajar pengikut-pengikutnya, "Anak manusia mesti mengalami banyak penderitaan, dan tidak akan diterima oleh pemimpin masyarakat, ketua Imam dan guru Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi selepas tiga hari, Dia akan bangkit semula."

Markus 9:31-"Kerana Dia sedang mengajar pengikut-pengikutnya. Dia berkata, "Anak Manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan manusia, lalu Dia akan dibunuh, tetapi tiga hari kemudian Dia akan bangkit semula."

Markus 10:32-34- "'Isa dan pengikut-pengikutnya sedang dalam perjalanan ke Yerusalem. 'Isa berjalan di hadapan, sementara pengikut-pengikutnya mengikutinya dengan cemas. Orang ramai yang mengikut mereka pun takut. Sekali lagi 'Isa memanggil pengikut-pengikutnya ke tepi, lalu berkata kepada mereka tentang apa yang akan berlaku terhadap dirinya. "Dengarlah!" katanya, "Kita sekarang sedang menuju ke Baitul Muqqadis. Di situ Anak Manusia akan diserahkan kepada para ketua Imam dan guru Taurat. Mereka akan menjatuhkan hukuman mati kepadaNya, lalu menyerahkan Dia kepada orang bukan Yahudi. Mereka akan mengolok-olok Dia, meludahi Dia, menyesahkan Dia dan membunuh Dia. Tetapi selepas tiga hari Dia akan bangkit semula!"

Lukas 9:22- "Dia berkata juga, "Anak manusia mesti mengalami banyak penderitaan, serta ditentang oleh para pemimpin masyarakat, ketua Imam dan guru Taurat. Dia akan dibunuh tetapi pada hari ketiga Dia akan dibangkitkan"

Yahya 3:13-14- "Tidak seorang pun pernah naik ke Syurga, kecuali anak manusia yang turun dari Syurga. Sebagaimana ular gangsa ditinggikan oleh Musa pada sebatang kayu di padang gurun, begitu jugalah anak manusia harus ditinggikan, supaya semua orang yang percaya kepada anak manusia beroleh hidup sejati dan kekal"

3. KESAKSIAN DARIPADA PARA HAWARIYUN

Sesiapa yang membaca kisah rasul-rasul dan mendengar pengajaran daripada mereka akan mengetahui bahawa doktrin pengajaran dan penyebaran mereka ke seluruh dunia ini adalah berdasarkan mesejNya yang telah disalibkan di atas kayu salib untuk penebusan dosa di dunia ini. Pengikut-pengikut yang mengikuti FirmanNya, selepas menyampaikan pesanan ini, penulisannya adalah dipimpin oleh Roh Kudus sebagai petunjuk. Kisah rasul-rasul 2:22-23: "Saudara-saudara orang Israel dengarlah kata-kata saya ini: 'Isa orang Nazaret itu telah diberi tugas oleh Allah. Hal ini dinyatakan kepada saudara semua dengan mukjizat dan keajaiban yang dilakukan oleh Allah melalui Dia. Saudara-saudara mengetahui hal itu, kerana semua peristiwa itu berlaku di kalangan saudara. Sesuai dengan rancanganNya sendiri, Allah sudah menentukan bahawa 'Isa akan diserahkan kepada saudara-saudara. Saudara semua membunuh Dia ketika menyebabkan orang berdosa menyalibkan Dia. Tetapi Allah sudah membangkitkan Dia daripada kewafatan."

Rasul Paulus berkata di dalam 1 Korintus 2:7-8 "Kebijaksaan yang aku sampaikan itu kebijaksaan daripada Allah. Kebijaksaan itu tidak diketahui oleh umat manusia, tetapi Allah sudah menyediakannya untuk kebahagiaan kita, sebelum Dia menjadikan dunia ini. Semua Roh yang berkuasa dan yang memerintah dunia ini tidak mengetahui kebijaksaan itu, seandainya roh-roh itu mengetahuinya, tentu roh-roh itu tidak akan menyalibkan Tuhan yang mulia."

Pengikut Yahya berkata di dalam 1 Yoh 1:7 " Tetapi jika kita hidup di dalam cahaya, sebagaimana Allah ada dalam cahaya, maka kita hidup rukun dan darah Yesus, AnakNya membersihkan kita daripada segala dosa."

Juga terdapat di dalam Kisah rasul-rasul 2:36,Rom 6:5 -6,1 Kor 1:17 -18,1 Kor 1:22-24,1 Kor 2:1- 2,2 Kor 13:3 -4;Gal 3:13,Flp 2:5-8,Ibr 12:2.

4. TANDA-TANDA YANG TELAH MENYUSUL SEMASA WAFATNYA AL-MASIH 'ISA

Matius, penulis Injil memberitahu kita bahawa apabila 'Isa menyerahkan RohNya, matahari menjadi gelap, dan tirai yang tergantung di Rumah Tuhan terbelah menjadi dua daripada atas hingga ke bawah. Bumi bergoncang dan kubur-kubur terbuka. Mat 27:50-54; "Kemudian 'Isa berseru lagi dengan nyaring, lalu menghembuskan nafasNya yang terakhir. Kemudian tirai yang tergantung di dalam Bait Suci koyak dari atas sampai ke bawah, sehingga menjadi dua helai. Bumi bergoncang, gunung batu terbelah, kubur terbuka dan banyak umat Allah yang sudah meninggal dihidupkan semula. Mereka meninggalkan kubur dan setelah 'Isa bangkit daripada kewafatan, mereka masuk ke Baitul Maqqdis. Di sana banyak orang nampak mereka. Apabila ketua askar dan askar-askar yang sedang mengawal 'Isa nampak gempa bumi dan segala perkara yang berlaku, mereka ketakutan. Mereka berkata "Dia betul-betul anak Allah"

Ini adalah tanda-tanda yang luarbiasa, unsur-unsur dipindahkan kerana Roh mereka telah diusik, jadi ketua askar Rom , seorang musyrikin, bertindak balas untuk membawa keluar hukuman kewafatan ke atas al-Masih 'Isa, dan yang ada bersamanya, terkejut lalu terus beriman terhadap 'Isa, beliau telah berkata "Benarlah, Dia betul-betul Anak Allah". Peristiwa-peristiwa seperti ini tidak pernah berlaku samada sebelum atau selepas kematianan mana-mana orang lain.

5. KEBANGKITAN AL-MASIH 'ISA

Kehebatan peristiwa itu telah digenapi di dalam perkataan al-Masih 'Isa kepada orang-orang Farisi dan mengambarkannya; "Binasalah Rumah ini, dan aku akan bangkitkannya pada hari yang ketiga". Sememangnya, pada hari ketiga, hari pertama pada minggu itu, telah berlaku mukjizat yang sungguh ajaib daripada semua waktu. Tuhan dengan penuh kemuliaan bangkit daripada kewafatan. Syurga sendiri telah mengumunkan akan kejadian yang sungguh hebat ini. Sebelum gempa bumi yang dahsyat datang, malaikat Tuhan telah turun daripada Syurga dan mengulingkan batu penutup daripada pintu kubur itu. Dia menunjukkan dirinya seperti cahaya, dan penjaga yang diaturkan oleh Pilatus untuk mengawal keselamatan kubur itu terkejut yang amat sangat. Pengawal ini diletakkan kerana Ketua Imam telah mengedarkan cerita bahawa pengikut-pengikut 'Isa merancang untuk mencari jenazah-Nya, atau menyembunyikannya daripada berkata bahawa Dia telah bangkit.

Pada pagi yang mulia, sekumpulan wanita telah datang ke kubur dengan membawa bersama ramuan untuk melumuri jenazah 'Isa sebagai penghormatan yang terakhir. Mereka yang pertama sampai ke tempat itu ialah Maria Magdalena, dan Maria ibu kepada Yokabus. Apabila mereka mendapati bahawa batu yang menutupi pintu kubur itu telah terguling daripada pintu kubur itu, dan kubur itu kosong, mereka sangat hairan. Sementara mereka masih kebinggungan, malaikat Tuhan telah memunculkan dirinya di hadapan mereka dan memberitahu mereka supaya jangan takut. Matius 28:1-7, "Setelah hari sabat telah berlalu, dan fajar mula menyinsing pada hari ahad, Maria Magdalena dan Maria yang lain pergi melihat kubur Yesus. Tiba-tiba berlaku gempa bumi yang kuat. Malaikat Tuhan turun dari Syurga, menggulingkan batu penutup kubur itu lalu duduk di atasnya. Rupa malaikat itu terang seperti kilat dan pakaiannya putih seperti salji. Askar-askar pengawal ditempat itu begitu ketakutan sehingga mereka gementar lalu rebah seperti orang wafat. Malaikat itu berkata kepada wanita-wanita itu, "Janganlah takut aku tahu bahawa kamu mencari 'Isa yang telah disalibkan itu. Dia tidak ada di sini, Dia telah bangkit seperti yang dikatakan-Nya dahulu. Marilah lihat tempat jenazah 'Isa ditempatkan. Sekarang cepatlah pergi dan beritahu pengikut-pengikutnya, ‘Dia sudah dibangkitkan daripada kewafatan, dan sekarang Dia pergi ke Galilea terlebih dahulu daripada kamu. Di sana kamu akan melihat Dia’. Ingatlah akan apa yang aku katakan kepada kamu."

Dan Matius 28:9-10, "Tiba-tiba 'Isa datang menemui wanita-wanita itu dan berkata, "Sejahteralah kamu" mereka menghampiri Dia, memegang kakiNya dan menyembah Dia. "Janganlah takut," kata 'Isa kepada mereka, "Pergilah beritahu saudara-saudara- Ku supaya pergi ke Galilea; di sana mereka akan melihat Aku."

Ini adalah apa yang telah berlaku sewaktu kebangkitanNya. Ia telah dicatat di dalam Al-Kitab dengan ilham daripada Tuhan dan tidak ada siapa pun yang berani menolak Firman Tuhan ini. Jika mereka melakukan, seperti mereka mendakwa bahawa Tuhan dan Malaikat-malaikatnya serta juga al-Masih 'Isa yang diterima adalah sebagai untuk memperbodohkan orang ramai.

6. KESAKSIAN DARIPADA SEJARAH

Kewafatan al-Masih 'Isa di atas kayu salib adalah disahkan oleh sejarahwan terawal, golongan musyirikin, dan juga bangsa Yahudi. Mereka ada mencatatkannya dengan jelas sekali.

1)Tacitus, seorang sejarahwan, musyirikin, dalam tahun 55 A.D (selepas kewafatan 'Isa), telah menulis di dalam bukunya yang mempunyai pengaruh yang besar tentang penyaliban al-Masih 'Isa dan penderitaannya secara terperinci.

2) Josephus, orang Yahudi, yang dilahirkan beberapa tahun selepas penyaliban, menulis sejarah tentang orang-orangnya, dan menulis catatan secara terperinci tentang penyaliban al-Masih 'Isa, seperti yang diarahkan oleh Pilatus.

3) Lucien, Yunani, (100 A.D) , seorang sejarahwan Yunani, menulis tentang kewafatan al-Masih 'Isa dan mengenai orang-orang Kristian. Sebagai seorang pengikut Epicurus, dia tidak dapat memahami keimanan orang-orang Kristian dan mereka bersedia wafat untuk al-Masih 'Isa. Dalam tulisannya, dia mencemuh kepercayaan mereka yang berterusan tentang jiwa dan keinginan mereka untuk ke Syurga. Dia melihat kepada mereka seperti orang-orang yang menperdayakan orang lain, berpegang kepada ketidakpastian selepas kewafatan lebih baik daripada kehidupan sekarang. Salah satu daripada rujukan yang secara tidak lansung tentang al-Masih 'Isa dalam tulisannya ialah, "Orang-orang Kristian meneruskan penyembahan mereka terhadap seorang manusia hebat yang telah disalibkan di Palestin kerana Dia membawa agama baru kepada dunia".

7. KESAKSIAN DARIPADA PILATUS, GABENOR ROM.

Laporan sepenuhnya tentang penyaliban al-Masih 'Isa telah dihantar kepada Tiberus kaisar, penguburanNya, kebangkitanNya daripada kewafatan dan laporan ini ada terdapat di antara catatan Rom. Ini adalah salah satu dokumen yang menyokong orang-orang ulama’ Kristian Tertillian dalam mempertahankan kemashyuran Kristian.

8. LAMBANG PENYALIBAN

Lambang ini adalah sebagai bukti dan tidak ada sesiapa pun yang boleh menolaknya, setiap agama mempunyai perbezaan tanda/lambang, seperti enam penjuru bentuk bintang untuk Yahudi, dan bulan sabit untuk Muslim. Lambang salib adalah terkenal sejak awal zaman lagi terhadap umat Kristian Nasrani. Umat Kristian yang terawal telah mengukir lambang Salib pada kubur selepas setiap kematian dan ditanah perkuburan di mana mereka mengunakannya sebagai suatu lambang penderitaan.

9. KESAKSIAN SEJARAH DAN KESINAMBUNGAN UMAT KRISTIAN.

Perintah daripada Tuhan, yang mana telah mengingatkan mereka tentang kewafatan al-Masih 'Isa di atas kayu salib, adalah kesaksian yang abadi melalui zaman berzaman bahawa al-Masih 'Isa telah wafat melalui penyaliban. Sudah pastinya adat ini, yang mana pada malam Dia dikhianati, dan Dia telah mengarahkan pengikut-pengikutNya untuk mengawasiNya, adalah berterusan mengingatkan kepada kewafatan penebusan dosa dan sebagai bukti yang kuat dan mustahil untuk ditentang. Para pengikutNya menyimpan kata-kata daripadaNya dan terikat dengan pergerakan gereja dari mulanya lagi, seperti rasul Paulus berkata di dalam 1: Korintus 11:23-26 "Aku berkata demikian kerana ajaran yang aku berikan kepada kamu, aku terima daripada Tuhan. Pada malam itu ketika Tuhan 'Isa dikhianati, Dia mengambil roti, mengucap syukur kepada Allah dan membahagi roti itu lalu berkata: "Inilah tubuh Ku yang diberikan untuk kamu. Lakukanlah hal ini untuk mengenang Aku." Begitu juga setelah habis makan, Dia mengambil cawan itu lalu berkata, "Cawan ini perjanjian Allah yang baru, yang disahkan dengan darahKu. Setiap kali kamu meminumnya, lakukanlah hal ini untuk mengenangkannya." Oleh itu setiap kali kamu memakan roti ini dan meminum dari cawan ini, kamu memberitakan tentang kewafatan Tuhan, sehingga Dia datang."

10. KESAKSIAN DARIPADA KITAB UMAT YAHUDI (TALMUD)

Talmud adalah sangat terkenal sebagai Kitab suci menurut pandangan orang-orang Yahudi. Ia dikumpulkan dalam jumlah yang amat besar, yang mana setiap orang berminat untuk melihatnya. Salinannya telah dicetak dalam tahun 1943 di Amsterdam, dalam m/s 42 pernyataannya adalah : 'Isa telah disalibkan sehari sebelum perayaan Paska. Kami memberi amaran kepadanya selama 40 hari bahawa Dia harus dibunuh kerana Dia seorang ahli sihir dan merancang untuk memperdayakan Israel dengan pengeliruannya. Dan apabila Dia tidak melakukannya, Dia disalibkan pada hari perayaan Paska. Tidak ada seorang pun yang berani tampil untuk membela Dia? Adakah Dia tidak membangkitkan kejahatan? Melalui para nabi berkata, Ulangan 13:8 "kepada orang yang melakukan seperti itu, jangan biar orang itu memujuk kamu, dan jangan dengarkan kata-katanya. Jangan kasihani orang itu dan jangan lindungi dia. Bunuhlah dia!"

 

SEBAB-SEBAB MENGAPA AL-MASIH 'ISA DISALIBKAN

Kita sering mendengar pertanyaan ini, khususnya sejak dewasa ini. Ini adalah jawapan yang jelas kepada orang orang yang percaya kepada keimanan Kristian- "Ini adalah untuk kita semua dan untuk keselamatan kita, Dia turun daripada Syurga dan dilahirkan oleh perawan suci Maryam dengan Roh Kudus. Dia menjadi manusia dan disalibkan untuk kita oleh Pilatus. Dia menderita dan dikuburkan dan bangkit kembali pada hari ketiga dan naik ke Syurga."

Berikutnya dihurai beberapa Nas-nas Kitab Suci yang menunjukkan perlunya al-Masih 'Isa wafat di atas kayu salib sebagai penebusan Manusia :

1.Perlunya manusia sejagat untuk penebusan.

Tidak ada keraguan bahawa semua orang memerlukan keselamatan, kerana dosa terdapat dalam setiap hati manusia. Rom 3:23 berkata: "Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka". Nabi Yesaya 53:6 berkata: "Dahulu kita semua seperti domba yang sesat, masing-masing mengikut jalan sendiri, tetapi Tuhan menjatuhkan hukuman kepadaNya, hukuman yang seharusnya dijatuhkan kepada kita." Yahya, dalam surat pertamanya, 1:8-10,berkata: "Jika kita berkata bahawa kita tidak berdosa , kita menipu diri sendiri, dan Roh Allah tidak ada di dalam hati kita. Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janjinya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah. Tetapi jika kita berkata bahawa kita tidak berdosa, kita menjadikan Allah pendusta dan firmanNya tidak terdapat di dalam hati kita."

Di dalam hati setiap manusia terdapat kesedaran bahawa penyesalan tidak akan menghapuskan akibat-akibat dosa yang telah dilaluinya. Ia mesti mempunyai makna yang lebih berkesan untuk memperolehi pengampunan; ini bermakna bahawa kita terpaksa ‘ditebusi Nya’. Kalau tidak, bagaimanakah boleh kita menerangkan kewujudan pengorbanan yang wujud sejak awal masa lagi, dan tersebarnya hakikat konsep pengorbanan penebusan di kalangan kebanyakkan agama di dunia ini.

Adakah bukan kerana pertembungan konsep pengertian yang memerlukan sipesalah untuk menebus dosanya?

2.Bukti daripada alasannya.

Setelah membaca dan mengetahui bahawa Allah adalah kudus dan bahawa manusia berdosa, dan dosa adalah mengaibkan kesucian nama Allah dan membinasakan manusia yang telah diciptakan oleh Allah seperti diriNya. Sekarang sepatutnya Dia menjadi Hakim Tuhan. Tuhan tidak mahu membiarkan kecuali Dia menghukum pendosa. Penyesalan, tetapi tidak kembali kepada peraturan, tidak boleh dijadikan ukuran pergimbangan. Tidak ada sesuatu pun yang boleh menebus dosa, untuk menebus dosa yang lepas. Kemuliaan dan keadilan serta kesucian Allah tidak boleh dibayar dengan pertaubatan/penyesalan sahaja.

3.Penebusan dituntut oleh Undang-undang

Undang-undang Tuhan tidak boleh menolak kebenaran untuk menghakimi, untuk itu berkata: "akibat dosa adalah kewafatan". Ia menuntut hukuman daripada pesalah. Undang-undang yang mana menuntut pesalah adalah bukan sekadar undang-undang. Undang-undang adalah ‘dakwaan awan’ dan apabila dakwaan ramai tidak boleh melepaskan tuntutan undang-undang, pesalah harus dihukum; atau dia patut dicela kerana tidak jujur dan tidak berpegang kepada undang-undang keadilan. Ringkasnya, undang-undang, larangan Tuhan, menuntut hukuman daripada pesalah atau penebusan dosanya. Di sini hati kita mesti sentiasa penuh dengan pujian dan kesyukuran kepada al-Masih 'Isa yang menawarkan penebusan ini kepada manusia; dan sebagai keputusannya, setiap orang mestilah menerima Dia sebagai penyelamat peribadi, dalam namaNya, mengampunkan dosa. Kerahmatan kepada semua manusia bahawa penebusan al-Masih 'Isa ini adalah untuk semua dan tidak seorang pun yang boleh berkata al-Masih 'Isa wafat untuk dia. .Bagaimana hebatnya perkataan dalam Yesaya 53:12 "Oleh itu Aku akan ,memberikan Dia kedudukan yang mulia, kedudukan di kalangan orang besar dan kenamaan. Dia rela mengorbankan nyawaNya, dan dia dianggap sebagai orang jahat. Dia menanggung dosa banyak orang dan berdoa agar mereka diampuni.". rasul Paulus berkata di dalam Ibrani 5:8-9, "Tetapi meskipun 'Isa anak Allah, Dia belajar menjadi taat melalui penderitaanNya. Oleh itu sesudah Dia menjadi penyelamat yang sempurna, Dia menjadi sumber penyelamatan yang kekal bagi semua orang yang taat kepadaNya"

4.Penebusan kesusilaan manusia diperlukan.

Ini adalah benar bahawa manusia mempunyai kesusilaan dan perasaan yang sentiasa untuk penghargaan yang tinggi, keadilan serta kesucian. Jika seseorang tidak senang dengan dosanya dan tidak dapat mencari penebusan, dia mempunyai masalah di dalam jiwanya dan akhlaknya terganggu.

Juga bersetuju bahawa manusia, walaupun jatuh ke dalam perbuatan dosa, perasaan bimbangnya tidak dapat dimusnahkan. Kekuatan kesusilaannya sentiasa boleh mengerti yang mana betul atau salah dan mengambil keputusan untuk memusnahkannya ataupun untuk melakukannya (kebajikan).

Kita boleh berkata bahawa perasaan ini adalah suara Tuhan, Penciptanya , dan sama sekali bertindakbalas kepada hukum undang-undangNya yang telah diberikan melalui Nabi Musai, walau pun perasaan kebimbangan ini sahaja tidak dapat menyelamatkan manusia daripada penghakiman.

Ia boleh mempengaruhi manusia daripada melakukan dosa, tetapi tidak boleh membebaskannya. Percaya kepada undang-undang adalah bagus, tetapi undang-undang juga tidak dapat melepaskannya. Undang-undang, rasul Paulus berkata memempin kita kepada 'Isa.

Jadi, perasaan kebimbangan atau kesedaran daripada dosa menuntut kita kepada pengantara yang benar, yang menebus dosa kita semua, tetapi dengan semua kepentingan kebenaran ini, semua orang mesti berusaha untuk menyelesaikan masalah kebimbangan dengan melakukan kerja yang benar, dan mengira kerja baik ini adalah persamaan untuk pengampunan daripada Tuhan.

5.Rencana Tuhan Untuk Penebusan.

Jika tidak ada sebarang alasan untuk penebusan, Tuhan tidak akan merancangkannya. 'Isa berkata di dalam Matius 20:28 "Kamu harus berbuat demikian kerana Anak Manusia datang bukan untuk dilayani : Dia datang untuk melayani orang serta menyerahkan nyawanya untuk membebaskan banyak orang". Juga di dalam Yahya 3:16 'Isa berkata: "Allah sangat mengasihani orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anaknya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh kehidupan yang sejati dan kekal."

Dalam Galatia 4:14 rasul Paulus berkata: ‘Tetapi pada saat yang tepat, Allah mengutuskan AnakNya sendiri ke dunia ini. Anaknya itu dilahirkan oleh seorang wanita dan hidup di bawah Taurat."

Keagungan ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa Tuhan mengasihani manusia dengan kasih sayang yang sebenarnya. Kaya dengan pengampunan, kasih ini dilimpahi dengan pengampunan yang telah ditunjukkan oleh 'Isa yang memberi pernyataan melalui Korban Penebusan beliau dan telah pun menyempurnakannya di atas kayu salib. Dan ini memberitahu bahawa Tuhan bukan sahaja suci dan saksama, tetapi juga maha penyayang.Kesedaran manusia berdosa terhadap penebusan melalui kasih dan kasih adalah ikatan yang menghubungkan dia kepada kayu salib. Tanpanya Tuhan tidak dapat membuktikan kasihNya. Jadi 'Isa telah berkata, "Jika Aku ditinggikan, Aku akan membawa ramai orang kepadaKu".

Pembaca budiman, kita hidup dengan penuh perasaan. "Berpeganglah kepada undang-undang baru dan perbuatlah sewajarnya". Dan "di sinilah adanya persaudaraan baru, terimalah ia". "Kami bersedia menolong", Tetapi kata-kata ini adalah kosong yang mana ditinggalkan di atas kayu salib al-Masih 'Isa. Tanpa kayu salib itu, semua "undang-undang baru" adalah sia-sia sahaja dan "persaudaraan baru" adalah pembohongan dan "pertolongan" bertukar menjadi perluasan senjata.

Kesilapan generasi kita adalah seperti orang-orang Yunani dan Yahudi dahulu; yang mana pendapat mereka tentang penyaliban , memandangnya sebagai suatu kebodohan, kelemahan, remeh serta menyinggung perasaan.

Anggapan kesilapan mereka bahawa mereka terlupa untuk bangun menangis meminta pertolongan, atau berkata, "Anak domba Tuhan yang mengambil semua dosa daripada dunia ini". Mereka terlupa Firman bijaksana yang termaktub di dalam Amsal 14:34, "Keadilan meninggikan martabat bangsa, tetapi dosa mendatangkan hinaan kepada bangsa".


Indeks Utama