Keunikan Hazrat Isa Al-Masih dalam Al-Quran dan Alkitab

 

  1. Kebenaran-kebenaran mengenai Hazrat Isa Al-Masih dalam Quran dan Alkitab
  2. Keunikan Hazrat Isa Al-Masih
  3. Implikasi-implikasi Keunikan Hazrat Isa Al-Masih
  4. Keunikan Hazrat Isa Al-Masih dalam Quran
  5. Sebab-sebab Keunikan Hazrat Isa Al-Masih
  6. Kemuliaan Hazrat Isa Al-Masih dalam Alkitab

Sudah terlalu lama orang Kristian dan Islam berbahas tentang perbezaan-perbezaan dalam kepercayaan mereka tentang Isa Al-Masih dan telah membenarkan sedikit ruangan untuk diskusi tentang kenyataan-kenyataan dalam Quran dan Alkitab yang bersetuju tentang beberapa bahagian kehidupan dan personalitinya.

Masanya telah tiba, pastinya, untuk orang Kristian dan Islam menganalisis kenyataan-kenyataan yang dipersetujui kerana tidak mungkin kita sampai kepada satu konsensus kepercayaan tentang Isa Al-Masih sehinggalah kita dengan serius merenung fakta-fakta yang dipersetujui oleh Quran dan Alkitab. Walaupun kedua buku ini mungkin berbeza dalam interpretasi fata-fakta yang diakui bersama, kita boleh dengan yakin mengkaji kenyataan-kenyataan ini sebagai batu loncatan kepada pengetahuan yang benar tentang Isa Al-Masih kerana adanya kenyataan-kenyataan itu sahaja sudah merupakan satu punca bersama agama Islam dan Kristian.

Adalah selamat untuk menganggap bahawa di mana Quran dan Alkitab setuju dalam mana-mana hal, perkara itu boleh diterima sebagai benar tanpa berlengah-lengah oleh orang Kristian dan Islam. Adalah mungkin perlu untuk kita membuktikan fakta-fakta ini kepada orang luar tetapi ianya tidak perlu dibuktikan kepada satu sama lain jika fakta-fakta itu telah diakui oleh buku-buku yang kita masing-masing percaya adalah Firman Allah. Walau bagaimanapun, dalam tahun-tahun kebelakangan ini kerana ada satu trend liberalistik yang telah menjangkiti kedua-kedua agama, di mana beberapa daripada penganut nominalnya telah meninggalkan ajaran-ajaran asas Quran dan Alkitab tentang Isa Al-Masih sehingga mereka mengurangkan orang ini ke tahap manusia biasa dan menelanjangkan dia dari kesemua kemuliaan dan hormat, adalah berfaedah untuk bermula dengan menyebut dan membuktikan empat kenyataan penting tentang kehidupan Isa Al-Masih yang dipersetujui oleh Alkitab dan Quran.


1. KEBENARAN-KEBENARAN TENTANG HAZRAT ISA AL-MASIH DALAM QURAN DAN ALKITAB

a). Dilahirkan oleh seorang perempuan dara.

Ciri pertama ini - hairannya disangkal oleh beberapa pihak pelik agama Islam dan Kristian - ialah satu daripada ajaran-ajaran Alkitab dan Quran yang paling nyata dan jelas dan pada asasnya disokong oleh kedua-kedua buku. Ianya dirujuk lebih dari satu kali dalam Quran tetapi khusunya dinyatakan dengan terperinci dalam Surah 19 ayat 16-34. Ayat-ayat berikut dari petikan ini disebut untuk membuktikan kenyataan ini:

Ingatlah (riwayat) Maryam dalam Kitab, ketika ia berpisah dari keluarganya ke tempat sebelah timur, lalu dibuatnya dinding anataranya dengan mereka. Kemudian Kami utus kepadanya roh Kami (Jibrail), lalu ia merupakan dirinya sebagai manusia yang sempurna. Berkata Maryam: Sesungguhnya aku berlindung kepada yang Mahapengasih daripada (kejahatan) engkau, jika engkau orang taqwa. Dia berkata: Aku hanya utusan Tuhanmu, supaya kubei engkau seorang anak yang suci. Dia (Maryam) berkata: Bagaimanakah aku akan memperoleh seorang anak, sedang aku belum pernah disentuh manusia dan aku bukan pula orang jahat? Dia berkata: Demikianlah (akan terjadi). Tuhanmu berfirman: Ia mudah bagiKu, dan supaya kami jadikan dia suatu tanda (kekuasaan Kami) untuk manusia dan adalah kejadian ini satu perkara yang telah diputuskan. Kemudian Maryam mengandungnya, lalu ia berpindah ke tempat yang jauh. (Surah 19:16-22)

Jika Maryam telah mengandung kerana lelaki lain, mengapa malaikat perlu untuk menjelma dan menerangkan kepadanya tentang penghamilan anak lelakinya? Jelas dari teks ini kita boleh lihat bahawa malaikat itu tidak hanya datang untuk menenangkan mindanya tentang kehamilan yang akan dialaminya tetapi juga untuk menerangkan bahawa peristiwa unik ini sebenarnya adalah keinginan Allah untuk menjadikan anak lelaki ini satu wahyu kepada manusia sejagat. Dia akan mengandung anak itu dengan cara yang istimewa kerana ada sesuatu yang istimewa tentang anak lelakinya itu. Kedua, apakah interpretasi lain yang boleh dibuat dari perkataan "Bagaimanakah aku akan memperoleh seorang anak, sedang aku belum pernah disentuh manusia dan aku bukan pula orang jahat?" Kata-kata ini membayangkan bahawa Maryam ialah seorang dara apabila anak itu dikandung.

Adalah tidak perlu untuk kenyataan ini ditegaskan lagi. Bahasa Quran jelas tentang kelahiran-dara Isa Al-Masih dan sokongan lanjut boleh dijumpai dalam Surah 4:156. Dalam ayat itu Maryam dibebaskan daripada tuduhan orang Yahudi bahawa dia telah mengandung Isa Al-Masih di luar-nikah. Juga dalam Surah 21:91 menjelaskan penghamilan Isa Al-Masih sebagai satu tindakan terus Allah dalam seorang wanita belum-kahwin yang bebas dari apa-apa ketidaksucian.

Pastilah ini dibuktikan dengan lebih nyata lagi oleh gelaran yang diberi kepada Isa Al-Masih dengan lebih kerap daripada nama-nama lain dalam Quran - anak Maryam. Adalah biasa dalam masyarakat Semitik untuk seorang lelaki dinamakan sebagai anak bapanya, contohnya, Muhammad bin Abdullah, Muhammad bin Ishak (seorang ahli sejarah awal Islam), Zaid bin Sabet, dan sebagainya, tetapi kita tidak akan menemukan anak-anak lelaki dinamakan sebagi anak ibunya. Mengapa Isa Al-Masih sering dipanggil anak Maryam (Isa bin Maryam) dalam Quran? Saya pasti ulangan nama ini yang ketara dan sifatnya yang luarbiasa menuntut bahawa Isa Al-Masih dilahirkan oleh ibunya sahaja. Tidakkah kekerapan gelaran ini bukti kelahiran Isa Al-Masih itu unik?

Ketiadaan nama-nama wanita dalam Quran jelas kelihatan. Pastilah penyataan nama ibu Isa Al-Masih yang disebut dengan kerap adalah kerana kedudukannya yang penting dalam sejarah manusia sebagai satu-satunya wanita yang melahirkan anak apabila masih seorang dara. Ini sahaja cukup untuk menjelaskan kepentingan yang Maryam terima dalam Quran. Adalah selamat untuk menyimpulkan bahawa Quran mengajar mengenai kelahiran-dara Isa Al-Masih.

Tidak ada manusia yang berfikiran waras yang akan menafikan bahawa Alkitab juga mengajar kelahiran-dara Isa Al-Masih. Keseluruhan sejarahnya, Gereja Kristian telah berpegang kepada kepercayaan ini dan saya hanya perlu menyebut petikan ini untuk membuktikan bahawa akidah ini didasarkan atas Alkitab:

Enam bulan kemudian, malaikat Jibrail diutus oleh Allah ke Nasaret, sebuah kota, di jajahan Galilea, kepada seorang anak dara yang telah bertunang dengan seorang lelaki yang bernama Yusuf daripada keturunan Daud. Nama anak dara itu ialah Maryam. Malaikat itu datang kepadanya lalu berkata, "Salam kepadamu yang dirahmati! Tuhan bersama-sama denganmu!" Hati Maryam berdebar-debar mendengar kata-kata itu dan dia tertanya-tanya akan maksud salam tersebut. Seterusnya, malaikat itu berkata kepadanya, "Janganlah takut, hai Maryam, kerana engkau telah beroleh rahmat Allah. Engkau akan hamil lalu melahirkan seorang anak lelaki. Engkau hendaklah menamai-Nya Isa. (Lukas 1:26-31)

Dua kali ibu Isa Al-Masih diterangkan sebagai perempuan dara dalam petikan ini. Apabila dia menjawab malaikat itu, " Bagaimanakah perkara ini dapat berlaku, kerana saya masih dara?"(Lukas 1:34), malaikat itu kemudian menjelaskan bahawa penghamilan itu tidak akan berlaku secara manusiawi tetapi oleh kuasa Roh Kudus Allah. Kita bertuah untuk mempunyai satu lagi kisah tentang kelahiran-dara Isa Al-Masih dalam Alkitab yang dinyatakan dalam petikan ini:

Inilah kisah kelahiran Isa Al-Masih. Ibu-Nya, Maryam bertunang dengan Yusuf. Tetapi sebelum mereka berkahwin, Maryam sudah mengandung kerana kuasa Roh Allah. Yusuf seorang yang taat kepada hukum agama, tetapi dia tidak mahu mempermalukan Maryam di hadapan umum. Oleh itu Yusuf berniat memutuskan pertunangan itu secara diam-diam. Yusuf mempertimbangkan perkara itu. Kemudian dalam mimpi, malaikat Tuhan menampakkan dirinya kepadanya. Malaikat itu berkata, "Hai Yusuf, keturunan Daud! Janganlah takut memperisteri Maryam. Dia mengandung kerana kuasa Roh Allah. Maryam akan melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu harus engkau namakan Isa, kerana Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka." (Matius 1:18-21)

Sekali lagi penghamilan Isa Al-Masih diterangkan sebagai hasil kerja Roh Kudus dan sekali lagi, seperti dalam Quran, didapati seorang malaikat muncul untuk menerangkan fenomena ini, dalam kes ini kepada Yusuf. Mengapa perlu ada penyataan malaikat untuk menerangkan kelahiran Isa Al-Masih jika ibunya telah mengandung kerana perbuatan lelaki lain? Teks-teks ini berbicara dengan jelas dan tidak ada persoalan tentang kelahiran Isa Al-Masih. Malaikat menjelma kepada Yusuf dan Maryam untuk menerangkan kepada mereka berdua bahawa penghamilan Isa Al-Masih adalah melalui satu campurtangan istimewa Roh Kudus.

Kerana itu orang Kristian dan Muslim, dalam Quran dan Alkitab, mempersetujui hal ini. Kedua buku ini mengajar sebagai fakta bahawa Isa Al-Masih dilahirkan oleh seorang perempuan-dara oleh kehendak Allah melalui kuasa Roh Kudus.

b). Isa Al-Masih tidak berdosa.

Adalah satu perkara mudah untuk membuktikan dari Quran dan Alkitab bahawa Isa Al-Masih sesungguhnya tanpa dosa selama hayatnya. Apabila malaikat menjelma kepada Maryam, Quran berkata bahawa dia berkata kepada Maryam "Aku hanya utusan Tuhanmu, supaya kuberi engkau seorang anak yang suci." (Surah 19:19). Perkataan Arab untuk "suci" iaitu zakiyya, membayangkan bahawa Hazrat Isa Al-Masih sepenuhnya tanpa dosa.

Dalam Alkitab ada banyak bukti yang menyatakan bahawa Isa Al-Masih tiada dosa. Berikut adalah beberapa petikan yang membuktikan kenyataan ini:

Dia tidak pernah berdosa dan sesiapa pun tidak pernah mendengar Dia berdusta. (1 Petrus 2:22)

Al-Masih tidak berdosa. (2 Korintus 5:21a)

Kamu tahu bahawa Al-Masih datang untuk menghapuskan dosa manusia, dan bahawa pada diri-Nya tidak ada dosa. (1 Yohanes 3:5)

Pada peringkat ini, adalah berfaedah jika dinyatakan bahawa di dalam Quran dan Alkitab, Isa Al-Masih sahajalah yang dinyatakan sebagai tiada dosa. Ini diterangkan dengan tegas dalam kedua-dua buku . Tidak ada nabi atau manusia lain yang dijelaskan begitu. Walaupun begitu kedua-dua buku ini ada menerangkan dosa-dosa nabi lain dan meninggalkan kita dengan satu kepastian kukuh bahawa Isa Al-Masih sahajalah yang tanpa dosa. (Di dalam Quran, dalam Surah19:19, kelahiran unik Isa Al-Masih dijelaskan oleh malaikat sebagai medium untuk kesucian anak Maryam. Ini membayangkan bahawa seorang manusia tidak boleh suci kecuali dia dilahirkan oleh seorang perempuan dara. Kerana itu Isa Al-Masih, satu-satunya manusia yang dilahirkan begini, harus kerana peristiwa ini menjadi satu-satunya manusia tanpa dosa yang pernah hidup. Quran mengaitkan dosa kepada nabi-nabi berikut:

  1. Adam. Keduanya berkata: Ya Tuhan Kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika tidak Engkau ampuni kesalahan kami dan tidak Engkau mengasihi kami, tentulah kami orang yang merugi. (Surah 7:23)
  2. Ibraham. "Dan yang kuharap mengampuni kesalahanku pada hari pembalasan." (Surah 26:82)
  3. Musa. Berkata Musa: Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah aniaya kepada diriku, sebab itu ampunilah aku. Lalu Allah mengampuninya. Sungguh Dia Pengampun lagi Penyayang. (Surah 28:16)
  4. Yunus. Kemudian ia ditelan oleh ikan sedang ia dicerca. (Surah 37:142)
  5. Muhammad. Maka ketahuilah (ya Muhammad) bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan, melainkan Allah dan minta ampunlah (kepadaNya) untuk dosa engkau dan untuk (dosa) orang-orang beriman laki-laki dan orang beriman perempuan. Allah mengetahui tempat bolak balikmu (mencari penghidupan) dan tempat diammu. (Surah 47:19)

Isa Al-Masih tidak pernah diseru berdoa untuk pengampunan kerana dia suci. Kita juga tidak akan menemukan dia berdoa untuk apa-apa kesilapan, kesalahan dan dosa seperti mana yang diberikan dalam petikan-petikan Quran yang merujuk kepada nabi-nabi lain. Dia tidak pernah menyalahi jiwanya, dan dia tidak didapati bersalah. Sebaliknya Quran menekankan bahawa dia sepenuhnya tanpa dosa dan suci. Jadi kita boleh membuat kesimpulan dengan berkata bahawa Quran mengajar bahawa dari semua manusia, hanya Isa Al-Masih yang tanpa dosa.

Dalam Alkitab, kesan sejagat dosa dicatat selalu, tetapi adalah memadai untuk memetik kata-kata berikut untuk membuktikan kenyataannya:

Seperti yang tertulis dalam Alkitab, "Tidak seorang pun yang benar di sisi Allah, tidak seorang pun yang memahami apa yang benar, dan tidak seorang pun menyembah Allah. Semua orang sudah menjauhkan diri daripada Allah; semuanya sudah sesat. (Roma 3:10-12).

Alkitab mengajar bahawa tidak ada manusia, selain dari Isa Al-Masih, yang telah mencari Allah dengan setia dan melakukan kebaikan pada seluruh hidupnya. Semua manusia lain telah pada satu ketika berpaling dari Allah dan berdosa terhadap-Nya.

Sekali lagi, kita dapati bahawa Isa Al-Masih sahaja yang tiada dosa. Sepertimana didapati Quran dan Alkitab mengajar tentang kelahiran-dara Isa Al-Masih, buku-buku ini juga mengajar bahawa dia sahaja yang tiada dosa dan suci.

c). Pengangkatan Isa Al-Masih.

Satu daripada kepercayaan ortodoks Islam ialah bahawa Isa telah diangkat ke syurga. Pengangkatan Isa Al-Masih ini dinyatakan dalam Quran dengan kata-kata ini:

Bahkan Allah mengangkat Isa itu kepada-Nya, Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana. (Surah 4:158)

Teks ini dengan jelas menyatakan bahawa Isa Al-Masih tidak diangkat ke langit kedua atau syurga ketiga, seperti yang biasa dianggap, tetapi bahawa Allah telah mengambil Isa Al-Masih kepada diri-Nya. Ini bermaksud, Dia mengambil Isa Al-Masih ke dalam hadirat-Nya yang mulia di dalam syurga yang tertinggi.

Alkitab mengesahkan ini dengan terperinci tetapi kita hanya perlu mengungkapkan beberapa petikan untuk membuktikan baik pengangkatan Isa Al-Masih mahupun kedudukannya yang tinggi di syurga di dalam hadirat Allah yang Mahakuasa.

Setelah Isa Al-Masih berkata demikian, Dia terangkat ke syurga, sementara mereka memandang Dia. Lalu awan menutupi Dia daripada pandangan mereka. Mereka masih memandang ke langit sementara Isa Al-Masih terangkat, apabila dengan tiba-tiba dua orang berpakaian putih berdiri di sisi mereka. "Hai orang Galilea," kata kedua-dua orang itu, "mengapa kamu berdiri menengadah ke langit? Isa Al-Masih, yang kamu lihat terangkat ke syurga, akan kembali lagi dengan cara yang sama seperti yang kamu lihat tadi." (KPR 1:9-11)

Kamu sudah dihidupkan semula bersama-sama Al-Masih. Oleh itu kamu harus mengingini perkara-perkara yang di syurga, di tempat Al-Masih duduk di atas takhta di sebelah kanan Allah. (Kolose 3:1)

Allah . . . Dia membangkitkan Al-Masih daripada kematian, lalu memberi Dia tempat duduk di sebelah kanan-Nya di syurga. Di situ Al-Masih berkuasa atas semua pemerintah, penguasa, pemimpin, dan raja. Al-Masih jauh lebih berkuasa daripada sesiapa pun, baik yang hidup pada zaman ini mahupun pada zaman yang akan datang. (Efesus 1:20-21)

Aku sudah memuliakan Engkau di atas bumi dengan menyelesaikan tugas yang Engkau berikan kepada-Ku. Ya Bapa, muliakanlah Aku sekarang dengan kemuliaan yang Aku miliki bersama-sama-Mu sebelum dunia ini dijadikan. (Yahya 17:4-5).

Jadi kita boleh lihat bahawa kedua-dua Alkitab dan Quran mengajar tentang pengangkatan Isa Al-Masih bukan hanya ke dalam syurga, tetapi sebenarnya atas syurga-syurga ke dalam hadirat Allah. (Satu-satunya hadis yang wujud tentang tujuan muktamad Isa Al-Masih mengesahkan bahawa dia pergi ke syurga. Manakala ada banyak Hadis yang menyokong pengangkatan Isa Al-Masih, tidak ada satu pun yang menentangnya.)

Adalah pengetahuan biasa orang Kristian dan Muslim bahawa Quran dan Alkitab berbeza pendapat tentang masa dan sebab pengangkatan Isa Al-Masih, tetapi apa yang tersangat penting ialah persetujuan akan satu fakta - Isa Al-Masih sesungguhnya telah diangkat ke syurga dan masih hidup di sana sehingga hari ini.

d). Kedatangan Kedua Isa Al-Masih.

Kenyataan terakhir yang disetujui bersama antara Quran dan Alkitab tentang kehidupan Isa Al-Masih berkaitan dengan kedatangan kembali Isa Al-Masih. Seperti dengan pengangkatan Isa Al-Masih, Quran disokong oleh banyak Hadis akan hal ini. Satu-satunya ayat dalam Quran yang jelas mengajar tentang kedatangan kembali Isa Al-Masih ialah ayat ini:

Sesungguhnya Isa itu memberitahukan hari kiamat. (Surah 43:61)

Teks ini agak ringkas dalam bahasa Arab tetapi terjemahannya dalam bahasa Inggeris (dan juga Bahasa Indonesia) agak betul. Sekali lagi orang Kristian dan Muslim berbeza pendapat tentang cara dan akibat kedatangan kedua ini tetapi mereka setuju akan hakikatnya. Kedatangan Isa Al-Masih untuk kali kedua ialah satu daripada topik paling agung dan ekstensif dalam teks-teks nubuatan Alkitab, tetapi beberapa petikan memadai:

Kemudian tanda Anak Manusia akan kelihatan di langit. Pada masa itu semua bangsa di bumi akan menangis, ketika melihat Anak Manusia datang di awan dengan kekuasaan dan kemuliaan yang besar. (Matius 24:30)

Pada masa itu malaikat agung akan berseru dengan suara yang kuat dan trompet Allah dibunyikan, lalu Tuhan sendiri akan turun dari syurga. Mereka yang percaya kepada Al-Masih dan sudah meninggal dunia akan dihidupkan terlebih dahulu. (1 Tesalonika 4:16)

Lihatlah. Dia datang dengan awan! Semua orang akan melihat Dia, termasuk juga mereka yang sudah membunuh Dia. Semua bangsa di bumi akan meratap kerana Dia. Ya, tentu! Amin! (Wahyu 1:7)

Kita boleh menyimpulkan bahawa kedatangan kedua Isa Al-Masih untuk mengisytiharkan Hari Penghakiman ialah satu fakta yang dipersetujui oleh Alkitab dan Quran.

Adalah penting untuk diperhatikan bahawa banyak daripada gelaran-gelaran agung Isa Al-Masih di dalam Alkitab diulang dalam Quran. Contohnya dia dipanggil Firman Allah dalam kedua-dua buku. Quran bersetuju dengan Alkitab apabila memanggilnya Al-Masih. Juga dia dipanggil Roh daripada Allah dalam Quran. Gelaran-gelaran ini, bagaimanapun, disentuh dalam satu artikel sampingan dalam siri ini yang berjudul 'Gelaran-gelaran Isa Al-Masih dalam Quran dan Alkitab'. Kerana kami berniat untuk menunjukkan bahawa keempat hal ini setakat ini membuat Isa Al-Masih begitu unik dalam kehidupan dan sifatnya, adalah berfaedah untuk diingat bahawa Quran dan Alkitab memberinya gelaran-gelaran yang tidak digunakan untuk orang lain..


2. KEUNIKAN HAZRAT ISA AL-MASIH.

Kami telah menggariskan empat ciri kehidupan Isa Al-Masih yang diajar di dalam Quran dan Alkitab. Apakah yang boleh dipelajari dari ciri-ciri ini? Pertama, mereka menampilkan untuk kita seorang manusia yang agak unik dalam sejarah manusia. Kedua, mereka menunjukkan bahawa keunikan ini membayangkan keunikan unggul - sepertimana yang tidak dimiliki oleh orang lain. Marilah kita secara ringkas menganalisis keempat-empat ciri unik Isa Al-Masih yang telah kita perhatikan setakat ini..

  1. a). Kelahiran-dara.
    Dilahirkan oleh seorang perempuan dara, Isa Al-Masih mempunyai satu permulaan hidup yang luarbiasa dan unik. Dialah satu-satunya manusia dalam sejarah manusia yang dilahirkan dalam cara yang luarbiasa ini.
  2. b). Ketiadaan dosa oleh Isa Al-Masih.
    Dia sahaja yang menjalani hidup tanpa dosa. Semua manusia lain, pada satu ketika, telah berdosa dalam fikiran atau perbuatan mereka, seperti yang disaksikan oleh Alkitab dan Quran. Tetapi Isa Al-Masih menjalani hidup yang tiada dosa dan yang sepenuhnya suci dan murni. Jadi bukan sahaja kehidupannya bermula dengan luarbiasa, tetapi dijalani dengan cara yang unik juga.
  3. c). Pengangkatan Isa Al-Masih.
    Jika kehidupan Isa Al-Masih bermula dengan cara yang luarbiasa, ianya berakhir dengan cara yang lebih hebat lagi. Sementara orang lain kembali ke tanah, Isa Al-Masih naik ke syurga. Dalam cara ini dia unik juga - tidak ada manusia lain tanpa mengubah sifatnya naik ke hadirat Allah yang hidup seperti yang diajar oleh Quran dan Alkitab. Dia sahaja yang dapat pergi ke tempat para malaikat tidak berani injak - takhta Allah yang penuh kemuliaan. Quran dan Alkitab mengajar bahawa tidak ada manusia lain yang lakukan ini. Dalam hal ini Isa Al-Masih juga unik..
  4. d). Kedatangan kali kedua.
    Dunia Kristian dan Muslim menunggu kedatangan kembali Isa Al-Masih dari syurga. Quran dan Alkitab mengajar bahawa dia sahaja yang akan mengisytiharkan hari Penghakiman. Orang Kristian dan Muslim mungkin tidak sependapat dalam apa yang mereka harap Isa Al-Masih lakukan apabila dia kembali tetapi kedua-duanya mengharapkan dia untuk mengambil penguasaan dunia ini sebagai Hakim segala-galanya. Ini sahaja meletakkannya di atas semua manusia lain dalam pencapaian dan sekali lagi menjadikan dia unik di antara manusia --satu keunikan yang diselubungi keagungan dan kemuliaan.

Walaupun dia berada di syurga tertinggi hampir dua ribu tahun, dia akan kembali dengan wajahnya kelihatan tidak lebih tua dari masa dia naik ke syurga. Walaupun sudah abad-abad berlalu maut mahupun masa tidak ada kesan atasnya. Ini juga dipersetujui bersama oleh Quran dan Alkitab.

Tidak ada manusia lain dalam sejarah yang boleh kita baca tentang permulaan dan pengakhiran hidup mereka di bumi yang begitu hebat. Dan tidak ada manusia lain yang ditunggu oleh orang Kristian dan Muslim - dan juga yang di syurga. Dengan keterangan yang ada dari semua kenyataan yang diakui ini, kita hanya dapat menyimpulkan bahwa Isa Al-Masih ialah manusia yang sungguh unik. Tidak ada orang yang boleh dibandingkan dengannya. Dalam kelahirannya, sifatnya, tujuan dan kemuliaan muktamadnya, dia mengatasi semua manusia lain yang pernah hidup di dunia ini.

Harus dinyatakan di sini bahawa keunikan Isa Al-Masih bukanlah akibat keadaan sekeliling yang baik, atau akibat kemurahan hati manusia, tetapi sepenuhnya akibat kehendak Allah yang istimewa, yang dengan caraNya tersendiri telah bertanggungjawab untuk keagungannya. Allahlah yang telah menjadikan Isa Al-Masih unik di antara manusia. Adalah melalui kuasa dan kehendak-Nya sendiri yang kita melihat seorang manusia yang dari permulaan hingga akhir dipenuhi dengan keagungan dan hormat yang besar. Keagungannya berasal dan datang dari syurga.

Kesemua ini menuntut perhatian yang serius. Beberapa soalan mendesak untuk dijawab. Mengapa Allah memberi Isa Al-Masih keunikan ini? Apakah implikasi kesemua ciri-ciri yang luarbiasa ini dalam kehidupannya? Apakah jenis manusia ini yang tidak mengongsikan ciri-ciri ini dengan orang terkenal yang lain tetapi memiliki kesemuanya di dalam dirinya? Dan akhirnya - dan yang paling penting - siapakah manusia ini Isa Al-Masih, apabila kesemua ciri-ciri kehidupan dan sifatnya yang luarbiasa menuntut bahawa dia tidak mungkin hanya manusia biasa seperti manusia lain? Semua yang ditulis selanjutnya adalah satu kajian bandingan antara Quran dan Alkitab untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan ini.


3. IMPLIKASI KEUNIKAN HAZRAT ISA AL-MASIH.

Ciri-ciri unik Isa Al-Masih menuntut bahawa dia lebih dari seorang nabi. Allah telah mengangkat ramai nabi yang merupakan manusia biasa, yang dilahirkan secara biasa, yang mati cara biasa, mempunyai kegagalan yang biasa dengan manusia lain, dan kerana itu tidak berbeza dari manusia lain kecuali kurnia nubuat dan kerja Allah dalam hidup mereka. Tetapi kelahiran-dara Isa Al-Masih, kehidupannya yang tidak berdosa, pengangkatannya dan kedatangannya kali kedua menuntut dan memberi implikasi bahawa dia bukan hanya seorang nabi. Dalam apa yang sudah diketahui tantang keunikan kehidupannya, pastilah orang Kristian tidak boleh disalahkan kerana percaya bahawa dia adalah yang terutama dalam segala hal dan di atas semua manusia lain. Kami pasti orang Muslim juga boleh lihat bahawa, dari sifat mulia kehidupannya dan tujuannya, ada sesuatu yang lebih kepada dia dan perhubungannya dengan Allah berbanding dengan apa yang mula-mula dapat diperhatikan.

Agak jelas Isa Al-Masih bukan hanya seorang utusan. Walaupun Quran merujuk kepada fakta bahawa ada utusan-utusan lain sebelumnya (Surah 5:75), akan tetapi dari segi kelahirannya, kehidupannya, tujuannya dan kedatangannya kali kedua, boleh disimpulkan bahawa tidak ada utusan yang sepertinya. Jika Isa Al-Masih hanya seorang utusan seperti utusan-utusan yang lain, kenapa Allah mengganggu proses penciptaan untuk mengandungkan Isa Al-Masih dalam rahim seorang perempuan-dara dengan kuasa RohNya? Kenapa Dia memimpin Isa Al-Masih untuk menjalani hidup tanpa dosa sementara membenarkan utusan-utusan lain menganiaya jiwa mereka kadang-kala? Kenapa Allah mengambil Isa Al-Masih untuk bersama-Nya selama ini dalam hadirat-Nya yang mulia sambil meninggalkan semua utusannya yang lain untuk kembali ke tanah asal mereka? Dan kenapa menghantar dia kembali ke dunia ini untuk menguasainya dan juga untuk memilihnya untuk mengisytiharkan Hari Penghakiman?

Cadangan bahawa Isa Al-Masih hanya seorang utusan Allah tidak boleh menahan arus bukti-bukti yang melimpah tentang kehidupan dan kehormatannya yang terhormat dan luarbiasa - dan yang agak intim dengan Allah. Sementara manusia lain telah datang melalui cara semulajadi dan telah kembali secara semulajadi, Allah nampaknya telah menolak alam semulajadi ke tepi supaya Dia mempunyai pengaruh dan penglibatan terus dalam kehidupan dan masa depan Isa Al-Masih. Allah membawanya masuk ke dunia ini dengan cara dikandungkan oleh Roh-Nya dalam rahim seorang perempuan dara. Allah mengangkatnya ke syurga supaya dia boleh bersama-Nya dalam hadirat-Nya yang penuh kemuliaan untuk kurun-kurun yang lepas ini. Allah akan mengirim dia ke bumi sekali lagi untuk menamatkan sejarah manusia dan mengisytiharkan Penghakiman-Nya. Adalah jelas bahawa Allah dalam segala hal terlibat dengan manusia ini Isa Al-Masih. Walaupun orang lain datang dari tanah dan kembali ke tanah, Isa Al-Masih datang dari Allah dan kembali kepada Allah (Yohanes 16:28). Dalam beberapa cara Allah dan Isa Al-Masih mempunyai satu perhubungan yang melampaui apa yang dinikmati oleh makhluk lain yang pernah hidup. Quran mengakui bukti-bukti dalam Alkitab yang membayangkan bahawa Isa Al-Masih mempunyai perhubungan erat dengan Allah yang kemudiannya menuntut bahawa dia lebih dari seorang utusan. Apakah yang dikatakan oleh Quran kepada kita mengenai kepentingan keunikan Isa Al-Masih dan adakah ianya berharmoni dan mendedahkan rahsia dirinya yang menjadikannya begitu unggul dalam sejarah manusia? Marilah kita perhatikan sama ada ini dilakukan - atau apakah kita perlu melihat kepada Alkitab untuk mencari jawapan yang dicari, dan untuk menemukan identiti sebenar Isa Al-Masih itu.


4. KEUNIKAN HAZRAT ISA AL-MASIH DALAM QURAN.

Kita akan perhatikan empat ciri unik kehidupan Isa Al-Masih seperti yang ternyata dalam Quran untuk menemukan sama ada kita boleh mendapatkan penjelasan akan kepentingannya.

a). Kelahiran-dara.

Quran melayani kelahiran Isa Al-Masih hanya sebagai satu penyataan kuasa Allah dan mengisytiharkannya tidak lebih penting daripada penciptaan manusia pertama Adam. Kita membaca:

Maryam berkata: Ya, Tuhanku, bagaimanakah aku akan mendapat seorang anak, padahal aku belum pernah disentuh laki-laki. Allah berkata: Demikianlah, Allah menjadikan apa-apa yang dikehendakiNya; apabila Ia hendak memutuskan satu pekerjaan, Ia hanya berkata: Jadilah engkau, lalu jadilah ia. (Surah 3:47)

Sesungguhnya umpama (keadian) Isa di sisi Allah seperti (kejadian) Adam, Allah jadikan dia dari tanah, kemudian Allah berkata kepadanya: Jadilah engkau, maka jadilah ia. (Surah 3:59)

Ayat kedua tidak merujuk secara terus kepada kelahiran-dara tetapi dengan membandingkannya dengan ayat pertama maka jelaslah apa yang ada dalam minda Quran. Dalam kedua ayat Quran ini mengajar bahawa Isa Al-Masih telah diciptakan dan ini ialah hanya satu manifestasi kuasa Allah. Dalam ayat kedua kita membaca bahawa ciptaannya itu tidak berbeza dan tidak lebih hebat daripada ciptaan Adam.

Secara ringkas, mari kita perhatikan kedua kenyataan ini. Pertama, apakah kelahiran-dara Isa Al-Masih hanya satu penyataan kuasa Allah? Bahawa ianya terjadi kerana kuasa Allah tidak perlu disebut dan ini tidak menjelaskan maksud atau tujuan kelahiran-dara itu. Adalah pasti usaha agung penciptaan dunia ini tanpa apa-apa, dan fakta-fakta lain tentang ciptaan (pemberian hidup kepada manusia, binatang dan makhluk lain) adalah bukti yang cukup tentang kuasa kreatif Allah. Apa perlunya untuk Allah memberi satu lagi demonstrasi akan kuasanya itu? Dalam Quran ada banyak peristiwa di mana Muhammmad diberitahu bahawa jika manusia tidak akan percaya kepada Alllah walaupun adanya semua bukti dalam ciptaan, maka mereka juga tidak akan percaya jika ada penyataan baru dan tanda yang datang kepada mereka. (Lihat Surah 6:1-41 sebagai contoh). Dalam cara yang sama Quran mengajar bahawa tidak perlu bukti kebangkitan terakhir untuk orang tidak percaya - bukti bahawa Allah boleh menciptakan manusia tanpa apa-apa sesungguhnya ialah bukti bahawa Allah boleh membangkitkan mereka daripada kematian (Surah 22:5). Jadi kami juga menganggap bahawa ciptaan adalah bukti yang cukup tentang kuasa kreatif Allah --dan jika manusia tidak akan percaya walaupun adanya bukti-bukti ini, penyataan berkuasa yang selanjutnya tidak akan berjaya membuat mereka percaya. Jadi kelahiran-dara Isa Al-Masih tidak boleh hanya merupakan satu manifestasi kuasa Allah. Sesungguhnya ia akan memerlukan hanya sedikit penggunaan kuasa ini untuk menyebabkannya terjadi dan juga tiada bukti lihat akan demonstrasi ini. Kelahiran-dara tidak dapat dibuktikan secara fizikal - tidak ada bukti nampak akan hal ini. Kita menerimanya sebagai fakta oleh iman dalam Firman Allah bahawa ianya telah berlaku. Tetapi tidak ada cara fizikal untuk membuktikannya. Jadi kami membuat kesimpulan bahawa kelahiran-dara ini tidak boleh menjadi satu demonstrasi sampingan kuasa Allah kerana demonstrasi ini tidak dilihat ramai orang - saksi-saksinya sangat berkurangan. Mesti ada sebab lain untuk peristiwa ini.

Kedua, kita mesti mempertimbangkan saranan dalam Quran bahawa kelahiran Isa Al-Masih tidak berbeza daripada penciptaan Adam. Kami akan segera bersetuju bahawa , sebagai penyataan kuasa Allah, kelahiran-dara sebenarnya tidak lebih hebat daripada penciptaan Adam. Sebaliknya ini memerlukan satu penggunaan kuasa yang sedikit jika dibandingkan dengan penciptaan Adam. Ini mencadangkan dengan lebih kuat lagi bahawa adanya sebab lain di sebalik perbuatan ajaib Allah ini.

Kenapa Isa Al-Masih perlu dilahirkan oleh seorang perempuan dara? Allah sesungguhnya tidak melakukan hal-hal luarbiasa seperti ini jika ianya tidak perlu. Dia hanya akan menyebabkan kelahiran-dara berlaku jika ianya perlu dilakukan. Ada sesuatu yang memerlukan Isa Al-Masih dilahirkan dengan cara ini.

Perbandingan dengan Adam tidak langsung membantu kita. Adam diciptakan daripada tanah dan tidak mungkin mempunyai bapa atau ibu - adalah perlu supaya manusia pertama diciptakan tanpa bapa atau ibu. Tetapi Isa Al-Masih dilahirkan sesudah sekian lama kerja penciptaan Allah ini berakhir dan kelahiran umat manusia telah lama wujud. Kita telah lihat kenapa perlu untuk Adam diciptakan tanpa bapa atau ibu - tetapi mengapakah perlu Isa Al-Masih dilahirkan oleh seorang ibu sahaja? Bandingan dengan Adam langsung tidak menjawap soalan ini.

Soalan ini menuntut satu jawapan yang lengkap apabila ianya dinyatakan begini - Mengapa Isa Al-Masih dilahirkan oleh seorang perempuan dara - dan tidak oleh sesiapa yang lain? Mengapa ibu Isa Al-Masih menjadi wanita paling penting dalam Quran dan Alkitab dan bukan wanita lain? Bandingkan kedua ayat ini:

Dia berseru, "Berbahagialah engkau antara kaum perempuan, dan berbahagialah juga kandunganmu itu." (Lukas1:42)

(Ingatlah) ketika malaikat berkata: Ya, Maryam, sesungguhnya Allah telah memilih engkau, menyucikan engkau dan memilih engkau di atas perempuan-perempuan dalam alam. (Surah 3:42)

Ayat-ayat ini dengan jelas mengajar bahawa Maryam adalah wanita paling agung yang pernah hidup. Mengapa ini? Kerana dia ibu-dara Isa Al-Masih. Dia teragung di antara wanita kerana dia menjadi ibu manusia paling agung. Semua ini menuntut bahawa ada sesuatu yang sangat unik tentang anaknya - dan keunikan ini dengan caranya yang tersendiri, mengakibatkan supaya Isa Al-Masih mesti dikandungkan dan dilahirkan oleh seorang wanita-dara.

Satu-satunya petanda yang Quran berikan ialah bahawa tujuan lawatan malaikat ialah untuk memberinya satu anak lelaki yang suci. Kesucian luarbiasa Isa Al-Masih menyebabkan kelahiran-dara sesuatu yang perlu. Tetapi ini membawa kita kepada ciri seterusnya, bersama dengan ciri-ciri lain, yang menyebabkan kita membuat kesimpulan bahawa Isa Al-Masih itu unik tetapi ianya tidak mendedahkan apakah keunikan itu sebenarnya. Tetapi marilah kita teruskan dan lihat keterangan apakah yang boleh kita dapatkan dari Quran.

b). Isa Al-Masih Tiada Dosa.

Kenapa harus Isa Al-Masih satu-satunya manusia yang tiada dosa di antara semua manusia.? Quran mengakui Isa Al-Masih tiada dosa tetapi tidak memberi sebab untuk keadaannya itu. Hakikat bahawa dia seorang nabi tidak menjawab soalan kita. Nabi-nabi tidak dinyatakan sebagai suci dan ramai daripada mereka dipaparkan sebagai pelaku kesalahan. Tetapi kami mesti bertanya sekali lagi - kenapa Isa Al-Masih sahaja tanpa dosa dan bukan orang lain? Kami boleh faham bahawa dia hanya seorang utusan jika dia mempunyai satu ciri unik sepertimana nabi-nabi lain mempunyai ciri-ciri unggul mereka tersendiri. Tetapi kesemua ciri-ciri yang kita perhatikan ini dimiliki oleh satu orang sahaja berbanding dengan orang lain - dan manusia itu ialah Isa Al-Masih Di sini juga Quran tidak menyatakan mengapa Isa Al-Masih dijadikan begitu unik.

c). Pengangkatan Isa Al-Masih.

Quran hanya memberi kita satu sebab untuk pengangkatan Isa Al-Masih - Allah mengangkatnya ke syurga untuk menyelamatkan dirinya dari niat jahat orang Yahudi yang mahu membunuhnya. Tetapi ini tidak menjelaskan mengapa Allah memilih untuk menikmati hadirat Isa Al-Masih untuk lebih kurang dua puluh abad. Jika tujuannya hanya untuk menyelamatkan Isa dari orang Yahudi, kenapa tidak kirimkannya kembali apabila mereka yang mahu membunuhnya tidak ada lagi.? Kami pasti Allah boleh mencari jalan lain yang lebih mudah untuk menyelamatkan Isa Al-Masih jika dia hanya seorang utusan seperti mereka sebelumnya. Ini sesungguhnya satu cara yang luarbiasa dan mendadak untuk menyelamatkan Isa Al-Masih daripada orang Yahudi.

Kami ada bukti yang kukuh untuk usul ini dari Alkitab kerana sejurus selepas Isa Al-Masih dilahirkan, Herodes, Raja Yudea, berusaha membunuhnya apabila khabar sampai kepada Raja Herodes bahawa Al-Masih yang sekian lama dinantikan telah dilahirkan di Bethlehem. Dengan serta-merta, seorang malaikat menjelma kepada Yusuf dalam satu mimpi dan berkata:

Setelah mereka berangkat, malaikat Tuhan menampakkan diri kepada Yusof dalam mimpi dan berkata, "Herodes akan mengeluarkan perintah untuk mencari anak itu dan membunuh Dia. Bangunlah dan bawalah anak itu dengan ibu-Nya ke Mesir. Tinggallah di sana sehingga Aku berfirman lagi kepadamu." (Matius 2:13)

Yusuf dan Maria dengan segera berangkat ke Mesir pada malam itu bersama anak mereka. Tetapi setelah Herodes meninggal dunia, malaikat itu menjelma kembali kepada Yusuf dan berkata:

Malaikat itu berkata, "Bangunlah dan bawalah anak itu dengan ibu-Nya kembali ke Israel, kerana orang yang cuba membunuh anak itu sudah meninggal." (Matius 2:20)

Pastilah Allah boleh menggunakan cara yang sama untuk kali kedua jika dia berniat untuk menyelamatkan Isa Al-Masih daripada orang Yahudi. Kami mesti menolak teori bahawa Isa Al-Masih dibawa ke syurga semata-mata untuk melepaskan diri dari orang Yahudi yang mahu membunuhnya. Mereka yang berusaha membunuhnya telah mati sembilan kurun lalu, tetapi Allah tetap berkenan menyimpan Isa Al-Masih dalam hadiratnya di syurga dan telah melakukan ini semenjak Isa diangkat ke syurga beberapa generasi yang lalu.

Kami hanya boleh menyimpulkan bahawa adalah tujuan asal Allah mengangkat Isa Al-Masih ke syurga dan adalah pasti dia tidak melakukan ini hanya untuk menyelamatkannya daripada tangan-tangan orang Yahudi. Kami mesti bertanya sekali lagi - kenapa Isa Al-Masih diangkat ke syurga, dan bukan orang lain (Yohanes 3:13). Mengapa Allah berkehendakan supaya masa di antara kehidupan Isa Al-Masih di dunia dan penghujung masa, dia (Isa Al-Masih) akan memerintah bersama-Nya dalam kemuliaan di syurga tertinggi? Dengan segala hormat, kami terpaksa membuat kesimpulan bahawa Quran tidak memberi jawapan kepada soalan-soalan ini.

d). Kedatangan kali kedua.

Kenapa Allah telah memilih Isa Al-Masih untuk membawa seluruh dunia di bawah penguasaannya? Kenapa bukan Muhammad? Kenapa dia tidak mengangkat orang lain tetapi memilih untuk memberi Isa Al-Masih satu lagi jabatan mulia yang melampaui mana-mana jawatan yang telah diberi kepada utusan-utusan lain.

Jauh daripada menjawab soalan-soalan seperti ini, dunia Muslim telah, menurut pandangan kami, berusaha untuk menyingkirkan melalui penerangan mereka keunikan Isa Al-Masih dan bukannya menerangkan mengapa keunikan itu wujud. Kecenderungan ini untuk menyingkir dengan penerangan kemuliaan Isa Al-Masih dan bukan menyelidikinya akan memimpin orang kepada jalan yang menyesatkan.

Kelahiran istimewa Isa disebabkan oleh campurtangan Allah yang terus. Seluruh kehidupannya satu perhubungan yang intim dengan Allah. Allah yang sama ini mengenakan atas Isa keagungan dan kemuliaan dengan mengangkat dia ke syurga dan mengumumkan bahawa dialah yang akan mengisytiharkan hukuman terakhir Allah dalam sejarah dunia. Tidakkah pola ini menuntut bahawa ada sesuatu yang sangat mulia tentang peribadi Isa yang mengikat kesemua hal ini bersama? Pastilah semua ciri-ciri ini tidak bererti jika Isa Al-Masih hanya seorang nabi dan utusan dari Allah.

Peristiwa-peristiwa ini ialah satu bukti kolektif bahawa ada sesuatu yang agung tentang manusia Isa Al-Masih tetapi apakah halnya itu, Quran hanya membisu. Kenapa begini? Jawapannya boleh ditemukan dalam keterangan kami seterusnya. Quran dikenali dalam dunia Kristian bukan kerana apa yang diakuinya tentang Isa tetapi apa yang disangkalnya tentang Isa Al-Masih. Quran menolak Isa Al-Masih sebagai Anak Allah dan menafikan penyalibannya. Dalam pandangan kami - dan kami nyatakan ini dengan hormat berdasarkan hak kami untuk menyatakan apa yang benar dan tanpa apa keinginan untuk menyebabkan masalah - Quran, kerana menafikan kedua kenyataan penting ini tentang Isa Al-Masih, telah secara langsung merompak kepentingan Isa Al-Masih yang dinyatakan leh semua ciri-ciri unik yang telah kita amati setkat ini. Kami akan terus melihat bagaimana ciri-ciri unik ini berharmoni dengan satu sama lain dan mencari maksud dan kepentingannya dalam dua akidah fundamental Kristian - bahawa Isa Al-Masih adalah Anak Allah dan bahawa dia mati untuk dosa-dosa kita..


5. SEBAB-SEBAB UNTUK KEUNIKAN HAZRAT ISA AL-MASIH.

a). Isa Al-Masih ialah Putera Allah.

Jika Isa Al-Masih ialah Putera Allah, maka adalah sangat perlu supaya dia dilahirkan oleh seorang perempuan dara apabila ia datang dalam rupa manusia. Untuk menjadi Putera Allah dia mesti sudah wujud dari kekekalan. Juga dia tidak boleh dilahirkan dari seorang bapa manusia jika dia Putera Allah, apabila dia menjadi manusia. Kehidupan umat manusia adalah di dalam benih lelaki - Isa Al-Masih tidak dapat dikandungkan memalui seorang bapa manusia jika dia adalah Putera Allah. Sesiapa yang dilahirkan oleh seorang bapa manusia mesti seorang manusia dan hanya manusia. Hanya Allah boleh menjadi Bapa kepada Putera Allah.

Ini menerangkan perlunya kelahiran-dara dan memberi sebab untuknya. Akhirnya kita dapat lihat kepentingan kelahiran-dara. Keperluannya sekarang dapat dilihat. Isa Al-Masih perlu dilahirkan oleh seorang perempuan dara kerana dia Putera Allah dan telah wujud sebelum menjadi manusia. Sebab untuk kelahirannya yang luarbiasa juga dijelaskan oleh hal ini dan juga keperluannya. Dia dilahirkan dengan cara yang unik ini oleh campurtangan Allah kerana dia Putera Allah. Inilah sebabnya Allah menyebabkan semua manusia masuk ke dunia ini dengan cara semulajadi (termasuk Adam yang diciptakan dari alam semulajadi di mana dia berada) tetapi terlibat secara khusus dalam kelahiran Isa Al-Masih. Semua manusia lain dibuat dari tanah yang sama yang dipakai untuk menciptakan Adam, tetapi Isa dikandungkan sepenuhnya oleh Roh Allah - kerana dia Putera Allah. Inilah sebabnya dia mempunyai permulaan unik kepada kehidupannya di dunia - kerana dia sendiri unik kerana dia Putera Allah. Inilah apa yang dinyatakan oleh malaikat itu kepada Maryam apabila dia datang untuk menjelaskan penghamilan yang luarbiasa itu:

Dia akan menjadi mulia dan Dia akan digelar 'Anak Allah Yang Maha Tinggi'. Tuhan Allah akan mengurniakan takhta Daud, nenek moyang-Nya itu kepada-Nya. Malaikat itu menjawab, "Roh Suci akan turun atasmu, dan kuasa Allah Yang Maha Tinggi akan menaungi engkau. Oleh sebab itu, Anak Suci yang dilahirkan itu akan digelar 'Anak Allah'. (Lukas 1:32,35).

Tidak ada orang Kristian yang percaya bahawa Isa Al-Masih ialah Anak Allah jika dia pernah berdosa terhadap Allah. Adalah perlu untuk dia tidak berdosa jika dia adalah Anak Allah kerana, jika Bapa dan Anak adalah satu seperti Isa katakan (Yohanes 10:30), Anak mesti selalu melakukan kehendak Bapanya. Dan ini kita dapati dia selalu lakukan, seperti yang dinyatakan dalam kata-kata ini:

Isa Al-Masih menjawab, "Percayalah, Anak tidak dapat melakukan apa-apa menurut kehendak-Nya sendiri. Dia hanya melakukan apa yang dilihat-Nya dilakukan oleh Bapa-Nya. Apa yang dilakukan oleh Bapa, perkara itu juga yang dilakukan oleh Anak. (Yohanes 5:19)

Jika dia Anak Allah, dia mesti satu dengan Bapa. Kerana itu dia tidak boleh lakukan sesuatu dengan kehendaknya sendiri, kerana jika dia melakukan sesuatu dengan kehendaknya sendiri, dia tidak akan lagi satu dengan Bapa dan dia tidak akan lagi melakukan apa yang Bapa lakukan - jadi dia tidak akan menjadi Anak Allah. Seseorang yang melakukan kehendak Allah sepenuhnya tidak boleh berdosa terhadap-Nya. Jadi kita boleh lihat kenapa adalah perlu bahawa Isa Al-Masih tiada dosa jika dia Anak Allah - kerana Anak Allah hanya melakukan kehendak Bapa pada setiap masa. Kerana itu Isa Al-Masih ada berkata:

Dia yang mengutus Aku ada bersama-sama Aku. Dia tidak pernah membiarkan Aku sendirian, kerana Aku sentiasa melakukan apa yang menyenangkan hati-Nya. (Yohanes 8:29)

Jadi kita boleh lihat kenapa Isa ialah satu-satunya manusia yang suci dan tanpa dosa. Orang biasa melakukan sesuatu mengikut kehendak sendiri, tetapi Anak Allah hanya boleh melakukan kehendak Bapanya di syurga.

Pengangkatan Isa Al-Masih.

Jika Isa Al-Masih kembali ke tanah sebagai mana yang berlaku kepada semua manusia, tidak ada orang Kristian yang akan percaya bahawa dia Anak Allah. Anak Allah pastinya mempunyai rumahnya di syurga. Jadi jika dia menjadi manusia, dia tidak dapat mengikut jalan yang biasa dilalui manusia tetapi harus kembali ke syurga. Jika Isa Al-Masih ialah Anak Allah, maka pengangkatannya ke syurga satu kemestian dan juga satu ciri asas untuk membuktikan kenyataan itu.

Kita sedang melihat bahawa ciri-ciri unik Isa Al-Masih bukan hanya, dalam satu muafakat, menyokong kepercayaan bahawa dia adalah Anak Allah, tetapi juga adalah sangat perlu untuk ciri-ciri ini ada dalam hidupnya supaya kepercayaan ini dibuktikan benar. Tetapi pasti juga kehadiran ciri-ciri unik ini - perlu jika dia Anak Allah - menekankan atas minda kita kesedaran bahawa dia sesungguhnya Anak Allah. Ciri-ciri unik ini membayangkan bahawa manusia yang mereka tunjukkan mesti memiliki keunikan yang hanya boleh membuat ciri-ciri ini perlu - dia mesti Anak Allah.

Quran, untuk menyatakan kepada minda kita yang terhad dan memberi kita sedikit pengetahuan tentang kemuliaan Allah, sering menyatakan tentang takhta di mana Allah duduk (Surah 10:4, 7:54, 13:2 dsb.) Bahasa metafora ini menyedarkan kita tentang kedaulatan yang Allah nikmati atas alam semesta ini. Alkitab juga membuat kenyataan yang sama, tetapi untuk memberi kita satu fahaman yang konkrit tentang status Isa Al-Masih di syurga, Alkitab berkata dalam bahasa yang sama bahawa dia duduk di sebelah kanan tangan Allah di syurga:

"Lihatlah", katanya, "saya melihat syurga terbuka dan Anak Manusia berdiri di sebelah kanan Allah!" (Kisah Para Rasul 7:56)

Allah melaksanakan kuasanya yang besar dalam Isa Al-Masih apabila Dia mengangkatnya dari kematian dan membuatnya duduk di sebelah kanan tangannya di syurga. (Efesus 1:20)

Inilah perkara penting daripada apa yang kami katakan: Kita mempunyai Imam Agung seperti itu; Dia duduk di sebelah kanan takhta Allah Yang Maha Besar di syurga. (Ibrani 8:1)

Ini tidak seharusnya diterima secara harfiah tetapi dalam maksud yang murni yang dinyatakan oleh Quran tentang takhta Allah. Dalam Quran dan Alkitab penyataan ini mendedahkan autoriti yang Allah ada atas alam semesta dan Alkitab bercakap tentang Isa di sebelah kanan tangan takhta untuk menyatakan perhubungan dan status yang dia nikmati di syurga dengan Allah Bapa.

Dalam kebanyakan kerajaan pada masa penulisan Alkitab, setiap orang harus tunduk bersujud di hadapan Raja yang ada di atas takhta - kecuali anaknya. Isterinya, anak-anak perempuannya, pembesar-pembesar dan rakyat jelata perlu tunduk bersujud di takhtanya dan mengakui pemerintahannya, tetapi anak raja tidak perlu melakukan demikian - dia berdiri atau duduk di sebelah kanan takhta. Sebabnya sangat jelas - dia adalah pewaris takhta. Takhta bapa adalah takhta dia juga. Inilah sebabnya Alkitab berkata bahawa Isa Al-Masih berada di sebelah kanan takhta Allah dan kadangkala bercakap tentang takhtanya (Ibrani 1:8 dan Wahyu 3:21). Sepertimana seorang anak adalah kepada bapanya si raja, begitulah juga Isa Al-Masih kepada Bapanya di syurga. Dia naik ke syurga untuk berada dalam hadirat Allah yang mulia (seperti yang kita telah lihat dari Quran dan Alkitab ) kerana dia adalah Anak Allah. Quran bercakap tentang takhta Allah - tempat yang layak untuk Isa Al-Masih di syurga di sebelah kanan dia yang duduk di takhta itu..

Siapa kecuali Anak Allah yang boleh membawa penghakiman Allah? Ini sahaja yang boleh menerangkan kedatangan Isa Al-Masih untuk kali kedua. Anak Allah, dengan menjadi manusia, telah menjadi saluran yang jelas untuk penghakiman Allah untuk dua sebab. Pertama, dia telah menyatakan Allah kepada manusia. Quran hanya mengaku menyatakan kehendak dan sifat Allah. Isa Al-Masih mengakui menampakkan Allah sendiri kepada manusia. Ayat-ayat berikut menjelaskan ini:

Isa Al-Masih berkata lagi, "Bapa-Ku telah menyerahkan segala sesuatu kepada-Ku. Tidak seorang pun mengenal Anak kecuali Bapa, dan tidak seorang pun mengenal Bapa kecuali Anak dan mereka yang diberitahu oleh Anak tentang bapa. (Matius 11:27)

Sesiapa yang melihat Aku, juga melihat Dia yang mengutus Aku. (Yohanes 12:45)

Tetapi Isa Al-Masih menjawab, "Sudah lama Aku bersama-sama kamu semua, dan kamu belum mengenal Aku juga, Filipus? Orang yang sudah melihat Aku, sudah melihat Bapa. Mengapa kamu berkata, 'Tunjukkanlah Bapa kepada kami'? (Yohanes 14:9)

Kedua, dia telah membawa manusia bersemuka dengan Allah. Maka adalah sesuai bahawa setelah menjadi manusia, Anak Allah patut menjadi saluran penghakiman Allah yang akan dinyatakan pada kali terakhir:

Sebagaimana Bapa sendiri sumber hidup, Dia menjadikan Anak-Nya sumber hidup juga. (Yohanes 5:26-27).

Ini sahaja menerangkan kedatangannya buat kali kedua, memberi sebab yang munasabah untuknya dan menjadikannya sesuatu yang perlu. Maka kedatangan kedua ini juga berharmoni dengan keunikan Isa Al-Masih sebagai Anak Allah. Dia mewakili penghakiman Allah di syurga sebagai dia yang menampakkan Allah kepada manusia dan setelah menjadi manusia, layak dilantik untuk memanggil manusia untuk penghakiman.

Jadi kita boleh lihat bahawa semua sifat unik Isa Al-Masih perlu dan mengesahkan kebenarannya kepada fakta bahawa Isa Al-Masih ialah Anak Allah. Sesungguhnya kewujudan penuh semua ciri ini menuntut kesimpulan bahawa dia ialah Anak Allah. Jika satu daripada ciri ini kekurangan, kepercayaan Kristian akan jatuh ke tanah. Tetapi di dalam Alkitab, semua peristiwa wujud untuk menyokong akidah bahawa dia adalah Anak Allah.

Apa yang menarik ialah bahawa Quran mengakui semua keunikan ini! Sambil menafikan Isa Al-Masih sebagai Anak Allah, melalui ciri-ciri yang diakui, ia tanpa kata-kata dan tanpa halangan membayangkan bahawa dia sesungguhnya Anak Allah. Sebenarnya tidak ada sesuatu pun dalam Quran tentang ciri-ciri kehidupan Isa Al-Masih yang boleh dibawa sebagai bukti untuk menolak teori bahawa dia adalah Anak Allah. Untuk setiap ciri yang dinyatakan benar, Quran membayangkan bahawa dia adalah Anak Allah. Kami hanya boleh membuat satu kesimpulan - Isa Al-Masih unik dalam Quran dan Alkitab kerana dia adalah Anak Allah. Walaupun dia seorang manusia di bumi, segala sesuatu tentang dirinya meletakkannya pada tahap ilahi dan bukan pada tahap manusia.

b). Penyaliban Isa Al-Masih.

Kita telah melihat setakat ini kenapa Isa Al-Masih akan datang ke dunia untuk kali kedua, tetapi pada masa ini kami terdorong untuk bertanya kenapa dia datang dari syurga (tempat tinggalnya) untuk diam antara manusia? Kenapa Putera Allah menjadi manusia unik Isa Al-Masih? Bila-bila masa Allah ingin menghantar mesej kepada manusia, dia mengangkat nabi-nabi. Jadi kenapa dia mengutus Putera-Nya? Kenapa Putera Allah yang suci turun dan diam bersama manusia berdosa dalam satu masyarakat yang rosak? Adjektif-adjektif dalam soalan ini membekalkan jawapannya. Isa Al-Masih ialah manusia unik - dia datang ke dunia kerana dia ada misi unik untuk dipenuhi.

Allah telah memberi banyak undang-undang, mesej-mesej, perjanjian-perjanjian dan galakkan kepada manusia pada masa-masa lampau melalui nabi-nabi, tetapi tidak satu pun daripadanya membantu memusingkan umat manusia dari kejahatan dan cinta akan dosa. Tidak kira apa yang Allah hantar, manusia tetap berdosa. Apabila Dia memberitahu umat Israel supaya tidak mempunyai Allah lain, mereka dengan segera membuat satu anak lembu emas patung dan menyembahnya. Semua manusia telah berdosa kerana mereka semua orang berdosa. Dosa adalah satu bahagian utama sifat manusia - tidak ada manusia yang bebas dari kuasanya. Seperti yang dikatakan Isa Al-Masih, "Apa yang Aku katakan ini benar: Setiap orang yang berbuat dosa adalah hamba dosa." (Yohanes 8:34) Dalam badan ini yang menekan jiwa manusia ialah sumber hawa nafsu, ketamakan, keangkuhan, iri hati, kejahatan dan berbagai macam dosa. Dari kepala sehingga kaki, badan manusia ialah tapak pembiakan dan taman permainan dosa. Setiap fikiran, kata dan perbuatan berdosa mempunyai sumbernya dari dalam manusia dan bukan dalam dunia yang didiaminya. Hati manusia sendiri yang membuatnya disesatkan oleh nafsu yang berdosa. Godaan-godaan daging, cinta akan wang dan keangkuhan hidup berakar umbi dalam manusia kerana dosa mempunyai pegangan yang kuat yang membuatnya mustahil untuk manusia mengikut Allah dalam ketiadaan-dosa dan kemurnian yang lengkap. Hukum Allah atas batu mahupun hukum-hukum-Nya yang diberi melalui nabi-nabi tidak dapat mengatasi kecenderungan dalam kita untuk melakukan dosa dan mengikut desakannya.

Isa Al-Masih turun dari syurga ke bumi untuk melakukan apa yang tidak dapat disempurnakan oleh Hukum dan nabi-nabi.

Perkara yang gagal dilakukan oleh Taurat kerana tabiat manusia lemah, sudah dilakukan oleh Allah. Allah mengalahkan kuasa dosa yang ada dalam tabiat manusia dengan mengutus Anak-Nya sendiri, yang datang dalam keadaan manusia yang cenderung berbuat dosa, untuk menghapuskan dosa. Allah berbuat demikian supaya kehendak-Nya yang dinyatakan di dalam Taurat dapat kita lakukan dengan sepenuhnya dalam hidup kita yang menurut kehendak Roh Allah, dan bukan menurut kehendak tabiat manusia. (Roma 8:3-4).

Putera Allah yang murni dan tanpa-dosa telah mengenakan daging manusia dengan semua kuasa kesucian Allah yang dia miliki tanpa apa-apa sekatan. Ini memastikan bahawa pertempuran antara Putera Allah dan dosa dalam daging hanya boleh berkeputusan dalam kemenangan untuknya. Isa Al-Masih datang dalam "keserupaan daging berdosa" - ini bererti, di mengenakan hal yang selama ini ialah sumber dosa dan kejahatan - tubuh badan manusia.

Dia tidak mengatasinya dari luar - dia memasukinya dari dalam. Berkurun-kurun doa telah menjumpai satu sumber yang tidak boleh ditolak dalam tubuh badan manusia untuk menjalankan pola dan tujuannya. Isa Al-Masih, seperti mana ianya terjadi, berjumpa dengan dosa dalam kandangnya sendiri. Dia masuk terus ke dalam kem dan kubu dosa. Dia menjadi manusia dan mengenakan satu tubuh yang dalam semua manusia lain telah menjadi mangsa kepada kuasa dosa.

Isa membenarkan kuasa itu untuk mencobanya dengan teruk. Dia ke padang gurun dan berpuasa selama empat puluh hari dan malam tanpa apa-apa makanan atau minuman sehingga dia lemah kerana kelaparan. Si jahat menembak anak panahnya yang paling bahaya ke arah Isa Al-Masih. Roh Allah telah menjadikan batu teman Isa Al-Masih. Iblis menggodanya untuk tidak taat kepada Allah dan memuaskan kelaparannya dengan menukar batu-batu itu kepada roti. Isa menolak cadangan ini.

Tuhan telah menjadikan gurun tempat tingal Isa Al-Masih - Iblis menawarkannya semua kerajaan dunia dalam sekelip mata, yang ramai maharaja-maharaja dunia telah berusaha dapatkan tanpa kejayaan. Dengan kuasa yang dimilikinya, dia dapat memiliki semuanya itu. Dia hanya perlu mendengar cakap Iblis sepertimana manusia lain telah lakukan lakukan daripada mentaati Bapanya yang telah menyediakan stau lagi kerajaan untuknya. Isa menolak tawaran itu dan menyangkal godaan ini juga.

Allah menjadikan Isa Al-Masih manusia tersunyi di dunia dalam gurun itu - Iblis menawarkannya penghormatan semua bangsa jika dia hanya mencari ketaatan mereka untuk dirinya sendiri menentang kehendak Bapanya. Dia tidak mahu manusia menghormatinya sesuai dengan keangkuhan manusia yang ditawarkan oleh Iblis. Dia tidak mahu menjadi pemimpin yang menurut hukum dunia ini - teman raja-raja yang telah mencapai kemasyhuran dan prestij kerana mereka telah mencari pujian manusia dan bukan pujian Allah yang selalu dicari Isa Al-Masih. Dia tidak sanggup mengikut jalan ramai orang sebelumnya yang berusaha memerintah dunia ini dengan cara mereka, dan bukan dengan tunduk dengan rendah hati kepada Allah dalam kesetiaan penuh.

Dia "mengutuk dosa dalam daging". Tidak ada tubuh badan pada masa itu, kerana kelemahannya, yang kurang cenderung untuk menolak kuasa dosa. Tetapi Isa Al-Masih memusnahkan kuasa dosa dalam kandangnya sendiri dan apa yang tinggal ialah untuk dia memberi hasil kemenangannya kepada hamba-hamba dosa yang dia telah datang untuk bebaskan.

Tetapi untuk melakukan ini dia bukan hanya perlu mengalami godaan penuh dosa tetapi juga akibat langsungnya, Dia dengan sengaja telah pergi ke kayu salib untuk mengalaminya. Allah akan mencurahkan seluruh amarahnya terhadapa dosa. Tubuh badan manusia ialah satu-satunya tempat di mana ianya akan ditemui dan sesuai di dalam tubuh badan manusia Isa menanggung mana atas salib bagi pihak manusia di mana akibat penuh dosa. Dia memasuki kamarnya yang paling dalam apabila dia mati. Maut ialah akibat paling teruk dosa. Isa Al-Masih meminum sepenuhnya sampah dosa untuk mendapatkan kemenangan yang mutlak atasnya. Apabila dia disalibkan dia menanggung amarah Allah terhadap dosa dan apabila dia mati dia membayar dendanya untuk selama-lamanya.

Apabila dia bangkit dari kematian tiga hari kemudian, dia untuk selama-lamanya memperolehi satu kemenangan yang mulia atas musuh Allah yang agung. Apabila dia naik ke syurga dia mengutus Roh Allah kepada murid-muridnya supaya mereka boleh menikmati hasil kemenangannya.

Dia telah memungkinkan manusia diperdamaikan dengan Allah, untuk diampuni dari dosa-dosa mereka dan menerima kuasa dalam tubuh mereka yang lemah untuk hidup dalam kemenangan oleh kekuatan batin dari Roh Allah yang diam di dalam mereka. Dia memungkinkan manusia untuk berjalan oleh Roh Hidup dalam Isa Al-Masih, untuk sepenuhnya dikuasai olehnya, dan dengan itu memenuhi tuntutan hukum-hukum Allah bahawa manusia harus mengasihi dia dengan sepenuh hati, jiwa dan minda. Dia telah membuka pintu supaya semua manusia boleh dibebaskan dari tabii dosa mereka dan menjadi penerima kesuciaan ilahi dan berjalan dalam kebenaran.


6. Kemuliaan Hazrat Isa Al-Masih Dalam Alkitab.

Isa Al-Masih datang ke dunia buat kali pertama untuk menjadi seperti kita dalam semua aspek supaya dia boleh membebaskan kita dari kejahatan yang menguasai kita. Dengan mengosongkan dirinya dari kemuliaan yang dia miliki bersama Bapa di syurga, dia menjadi manusia seperti kita dan kelihatan seperti manusia lain semasa dia berada di sini secara sukarela sehingga berjuta-juta manusia sehingga hari ini berfikir dia hanya seorang manusia. Tetapi Isa Al-Masih akan datang untuk kedua kali dan kali ini peranannya berubah. Dia akan datang dengan kemuliaannya dan sinaran keagungannya akan membuat sinaran matahari kelihatan sebagai satu kelipan lemah. Telah dikatakan tentang kedatangannya:

Tidak lama selepas kesusahan masa itu, matahari akan menjadi delap dan bulan tidak lagi bercahaya. Bintang-bintang akan jatuh ke langit, dan kuasa di angkasa lepas akan ditarik daripada peredarannya. Kemudian tanda Anak Manusia akan kelihatan di langit. Pada masa itu semua bangsa di bumi akan menangis, melihat Anak manusia datang di awan dengan kekuasaan dan kemuliaan yang besar. (Matius 24:29-30).

Semua jenis sumber cahaya yang lain akan gagal dan hilang apabila dia dinampakkan dengan kemuliaannya yang penuh. Tetapi sepertimana dia datang ke dunia kali pertama untuk menjadi seperti kita, maka kedatangannya kali kedua akan menjadikan semua pengikutnya yang benar sepertinya. Apabila dia muncul dari syurga pada hari itu dengan kemuliaannya,

"orang yang melakukan kehendak Allah akan bersinar seperti matahari di Dunia Baru Allah, Bapa mereka!" (Matius 13:43),

Setiap tanda dosa akan disingkirkan dan dia akan membangkitkan miliknya dalam tubuh mulia yang tidak berdosa. Sepertimana dia dalam kasihnya yang tidak terukur dia telah mengambil semua dosa manusia atas dirinya apabila dia mati di kayu salib, maka oleh kasih kurnia dan kasihnya dia akan memberi kebenarannya dan kesuciaan sebagai ganti kepada kita yang percaya.

Manusia Isa Al-Masih ini sungguh unik dalam kasihnya, kemuliaannya, kesuciaannya, kebenarannya dan keagungannya yang berkekalan. Dia adalah Anak Allah yang kekal dan dia menunjukkkan kepada kita betapa dia mengasihi kita dan betapa besarnya kasih kurnia dan kebaikannya terhadap kita, apabila dia mati untuk dosa-dosa kita.

Apakah yang anda akan lakukan dengan Isa Al-Masih yang unik ini? Apakah anda akan bersujud di kakinya dalam kekaguman untuk penghormatan dan kasih kurnianya atau apakah anda akan bersujud di kakinya pada hari Penghakiman apabila penghakiman Allah berlaku dan kesemua musuh-musuhnya diinjak di bawah kakinya? Apakah anda akan memilih mempercayai Anak Allah ini dan menemukan kehidupan kekal dalam namanya, atau apakah anda akan terus menolak dia dan kemuliaannya. Apakah anda akan menolak keselamatan yang dia tawarkan kepada anda dan sebaliknya menerima murka Allah atas anda?

Tetapi semua ini ditulis supaya kamu percaya bahawa Isa Al-Masih Anak Allah, Penyelamat yang diutus oleh Allah, dan kerana kamu percaya kepada-Nya, kamu beroleh hidup sejati! (Yahya 20:31)


Homepej-homepej Bahasa Melayu dan Indonesia
Answering Islam Main Site (English)